Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Entri 52 : Trauma

"Kamu sudah ada kawan?" Nenek bertanya. Nurindah menggeleng."Tidak ada." Dia kalau boleh mahu mengelak soalan begitu bukan kerana jawapannya tidak ada. "Eh...cuba-cubalah cari."Makcik-makcik menyampuk."Umur kamu sudah tua, bila lagi kamu mahu berlaki?" "Tak biasa."Dia membalas.Malas. Kalau boleh mahu dibalas, dia tak berani, dia penakut.Di sekelilingnya lelaki berlagak sebagai Tuhan kerana agama menyuruh wanita mentaati mereka.Maka berleluasa lelaki yang berlagak alim , menunjuk kuasa. Bertimbun-timbun kes suami tak beri nafkah, tak cukup mendera anak isteri.Isteri dibuat bagai hamba.Lihatlah sekeliling, kenyataan itu pahit bukan?Keganasan terhadap wanita berlaku di negara Islam padahal Islam memberi hak yang adil untuk wanita. Di sini sahaja, lihatlah si isteri memberi peluang suami makan dulu .Memasak dan menjaga anak.Selepas makan, barulah isteri boleh hadap makanan, itupun sisa si suami sambil berebut dengan anak.Sedih b

Entri 51: Bapa Sebenar

Dia membesar dengan melihat cacian bapa kepada ibunya.Dia membesar dengan duit hasil titik peluh ibu, saat ayahnya lebih mementingkan tembakau. Dia bersekolah dengan wang zakat dan hutang  hasil muka tembok ibunya.Saat ayahnya berkata, "Ahh..tak ada duit buat apa bersekolah!" Dia melihat ibunya, sang isteri ditengking pembawa sial saat bapanya cuma tidur. Dia melihat dia menyaksikan.Sehingga dewasa, saat dia mahu membela ibu.Bapanya berkata,"Cilaka kamu.Masuk kamu ke neraka kerana berkelahi dengan aku." Bapanya mengungkit tentang pondok yang mereka duduki.Mengungkit tentang bil api dan air yang dibayar.Mengungkit beras sekampit.Mengungkit tentang tanggungjawab padahal kenapa dia kahwin jika dia merasakan menyediakan rumah untuk isteri itu susah, membela anak-anak itu susah. Si anak terfikir, kami sudah berpuluh tahun berlapar kerana bapa tidak membeli beras.Kami bersekolah , makan dan hidup dengan duit penat lelah ibu, saat bapa tidak mahu masuk campur.Mal

Entri 50 : Paling malang

Nurindah membuka mata, mukanya lenguh kerana tersembam di atas komputer riba.Dia terpisat-pisat di atas katil, dikerling ke arah jam.Sudah pukul 8 pagi. Tapi dia malas, dia tertekan kerana memikirkan semalam dia balik dari pejabat pukul 12 tengah malam, kemudian sampai di rumah terus on kan komputer riba, sambung kerja di atas katil.Tahu-tahu dia tertidur, tahu-tahu dia terjaga berbantalkan komputer ribanya. Pendakap giginya yang tertanggal sejak hari Ahad lalu, masih belum dibetulkan.Gusinya yang bengkak sejak hari Ahad hari itu belum lagi dirawat.Hari ini hari Selasa, maknanya sudah dua hari dia bekerja sambil menahan sakit. Sudah hampir berbulan dia bekerja kuat, bukannya tak biasa tapi selalu.Dia bosan...penat dan letih.Apa tujuan hidup sebenarnya?Tidak cukupkah masalah keluarga yang melekat dengan dirinya, kini hidupnya ditambah dengan bebanan kerja.Boleh ke dia berhenti?Sampai bilakan hidupnya akan begini? Jika dia berhenti, siapa yang mahu menanggung keluarganya?Takkan m

Entri 49 : Abi Bahagian 2 - Sunyi

"Tengok Abi, ekornya macam helipkopter." Mereka sama-sama ketawa melihat telatah Abi.Badannya kecil, perutnya bulat kerana kekenyangan dan apabila dia 'excited' ekornya bergoyang dan berpusing 360 darjah layaknya. Cuma dia seekor sahaja yang hidup setelah dua ekor adik beradiknya mati.Tapi kegembiraan mereka tidak lama kerana Abi menunjukkan tanda-tanda sakit.Dia mula tak lalu makan. "Macam mana ni?" Risau.Tak mahu kehilangan satu-satunya anak kucing yang comel.Daerah ini tidak ada klinik haiwan. "Macam ada cacing."Beritahu ibu, dialah yang menjaga dan merawat Abi sepanjang anak-anaknya bekerja.Nurindah dan adiknya cuma menjaga semasa hari cuti Sabtu dan Ahad. Tiba-tiba Nurindah terfikir ubat cacing yang memang sudah ada di rumah."Cuba emak bagi ubat cacing tu, belah ubat cacing tu kepada empat bahagian.Bagi makan dekat Abi satu perempat." "Boleh ke?" Ibu ragu-ragu. "Habis nak buat macam mana? Abu sebelum ni m

Entri 48: Penolong

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (160) Al-Quran : Al-Imran

Entri 47: Hati-hati

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)  Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesu

Entri 46 : Abi Bahagian Satu - Kurniaan dari Jauh

"Kak, kami bawa balik kucing bulu panjang dari Kelantan." SMS diterima.Gambar-gambar anak kucing yang dikirim adik direnungnya.Comelnya makhluk Tuhan ni, ada putih, kelabu dan yang bertompok. Sehari kemudian, sewaktu Nurindah di pejabat, lagi sms diterima. "Kakak tolong.Seekor dah mati.Tak mahu makan." Nurindah teringat anak-anak kucing dahulu, yang sekarang sudah besar.Mereka dulu kecil lebih kurang sebulan dibuang tanpa ibu.Semalaman Nurindah dan ibu tak dapat tidur dek tangisan anak-anak kucing yang kelaparan.Disuap susu tak mahu.Mahu pecah kepala memikirkan apa yang perlu diberi sampai suatu pagi dia terus ke kedai runcit dan mencari makanan kucing dalam tin.Ketika diberi, anak-anak kucing tersebut gelojoh menghisap dan syukurlah mereka hidup sampai sekarang. Mungkin anak-anak kucing yang baru ini mempunyai masalah yang sama.Nurindah turun ke pasaraya berdekatan pejabat.Dibelinya empat lima paket makanan kucing yang lembut. Apabila sampai di rumah, ter

Entri 45 : Nabi-nabi

Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)    AlQuran : Al Imran:84

Entri 44: Nikmat

Dia tertanya kenapa kebelakangan ini matanya pedih-pedih, nafasnya sesak.Dia tidak perasan nikmat yang penting makin beransur hilang.Dia tidak sedar kerana seumur hidupnya dia tidak perasan pun itu satu nikmat.Dia tertanya-tanya apakah nikmat yang diberi Allah selama ini? Hidup bosan, rutinnya sama, tidak terasa nikmat. Dia terbatuk-batuk, dilihat ke luar, cuaca seperti mendung tapi tidak kerana awan.Cahaya matahari yang malap.Jika cuaca cerah cuaca itu baik, dan jika hujan selalunya dia menafsirkan cuaca itu buruk.Tapi sekarang saat badannya lemah dia memohon, semoga hujan lebat turun.Membersihkan udara, kerana baru dia tersedar oksigen adalah antara nikmat yang penting.Udara yang bersih, yang membolehkan dia melakukan rutin yang sama setiap hari. Allah yang mengirimkan angin,lalu angin itu menghalau awan, sehingga terbentang di atas langit, sebagaimana dikehendaki-Nya, dan dijadikan-Nya awan it berkelompok-kelompok, kemudian kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya.Maka apa

Entri 43 : Sampah

Pukul 8.25 pagi, hari kerja.Nurindah terburu-buru sambil tangannya menjijit bungkusan sampah.Sudah lambat ke pejabat, dia nyaris berlari ke tempat pembuangan sampah. Seorang lelaki tua bertopi sedang membuka bungkusan plastik sampah saat Nurindah menjengul kepala.Nurindah memekup hidung , dengan hanya sebelah kaki memasuki ruang sampah, dia menghayun bungkusan sampah.Tepat jatuh ke dalam tong sampah.Yes!Nurindah tersenyum dan pakcik tua turut tersenyum. Nurindah cepat-cepat berlalu, dan lelaki tua itu membelek bungkusan sampah yang dilempar Nurindah tadi.Mencari barang kitar semula agaknya.Berapalah harga sampah-sampah tersebut?Nurindah berfikir dalam hati. Saat dia menunggu enjin keretanya panas, dia termenung.Teringatkan orang tua yang beberapa kali terserempak dengannya di tempat pembuangan sampah.Pemandangan orang mengumpul sampah-sampah, mencari nilai dari buangan orang sudah biasa di bandar-bandar.Sesuap nasi bukanlah semudah disangka. Di kampung, pemandangan sebegini san

Entri 42 : Hidup yang sempurna

Hidup yang sempurna boleh dicapai jika kita mempunyai empat perkara. Apa itu? Kenderaan yang pantas.Yang boleh membawa kita ke mana-mana dengan cepat dan pantas.Ferrari atau Merc ? Rumah yang luas dan besar...mungkin ada kolam renang dua tiga biji dan kuda-kuda peliharaan. Lampu yang cantik.Mungkin masuk ruang tamu saja dah nampak lampu yang rekaannya berseni-seni dan mewah. Pakaian yang cantik dan mewah.Sutera? Sempurnalah hidup ini kalau kita mempunyai semua di atas.Mari kita teliti apa yang dimaksudkan. Kenderaan yang pantas ialah ketajaman akal fikiran.   Rumah yang besar dan luas ialah kesabaran dan kelapangan dada. Lampu yang cantik dan bercahaya ialah ilmu pengetahuan. Dan yang terakhir pakaian yang terbaik adalah akhlak yang mulia. Jadi sudah sempurnakah hidup kita?

Entri 41: Sesuci Maryam

Saya mendengar ceritanya tentang putus cinta.Saya juga mendengar keluhannya tentang kesunyian.Dan saya juga kekadang penat mendengar cerita kehilangan. Saya tidak tahu nak komen apa.Saya tak ada apa nak komen.Mungkin lebih baik saya menjadi pendengar. Kalau saya ingin katakan sesuatu, mungkin akan membuatkan rasa sakit hati.Kerana apa yang mereka mahu adalah insan yang sudi mendengar tentang keluh kesah.Jadi mengeluhlah seadanya, mengeluhlah seolah-olah kita ini paling malang.Paling diuji Tuhan. Kita lupa, bahawa Tuhan menguji kita kerana memangnya dunia ini tentang ujian, samada senang atau susah. Namun apabila mendengar keluh kesah orang, saya melihat diri saya sendiri.Dahulu saya akui, saya adalah orang yang berputus asa, cepat mengeluh, malah sekarang pun hidup saya masih kelam kabut.Tapi insyaAllah, saya cuba memperbaiki diri.Saya tahu ujian saya banyak, begitu juga orang lain.Bukankah hidup ini ujian? Saya diuji dengan bapa yang keras hati.Tidak perlu lah saya ceritakan p

Entri 39 : Hujan

Adakah kamu lihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Jika Kami kehendaki,nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak berterima kasih?                                                          -56 : 68-70

Entri 38 :Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri.Indahnya ungkapan seringan bicara. Bagaimana?Bagaimana jika sewaktu dia dilahirkan, dia dibuang ke dalam sampah?Dia dilirik anjing liar, dikerumuni semut. Dia dikutip oleh badan kebajikan dan bersama mereka yang senasib dengannya.Dibuang, ditinggalkan , dibenci. Kemudian dia diangkat.Bahagianya cuma seketika, manusia kadang sayangnya tak berpanjangan , hangat-hangat tahi ayam.Dia merempat, dibenci, dijijik. Hari ini saat dia mencari sisa dari tong sampah, dia  terbaca sesuatu, "Sayangilah diri anda.Anda begitu berharga." Dia tercari-cari berapa harganya?Dia dibuang dicemuh dibenci.Dia tidak tahu nilai dirinya.Begitu berhargakah?Alangkah hipokritnya dunia, sayangilah diri jika mahu disayangi.Bagaimana mahu menyayangi diri jika dia begitu dibenci.Bagaimana mahu memaafkan diri jika tiada siapa  yang memaafkan dirinya. Mungkin ayat yang lagi tepat ,"Sayangilah orang lain, semoga anda turut disayangi."

Entri 37:Yang tidak tersedar

Kepincangan 1 Berapa banyak kempen tentang aurat perempuan.Sekali dengar macam  inilah satu-satunya perkara asas dalam agama.Tetapi berapa banyak kempen tentang lelaki untuk menundukkan pandangan terhadap wanita? Alangkah indahnya jika kedua-dua ini seiring. Kepincangan 2 Berapa banyak kempen  untuk berpuasa, zakat, menutup aurat tetapi berapa kerat kempen tentang solat?Sedangkan solat itu tiang agama. Solat itu simple , practical di mana-mana asalkan bersih.Cuma mengambil masa dalam lebih kurang lebih lima minit.Tetapi berapa ramai  termasuk saya  yang menganggapnya susah dan menambah dan memberatkan hukum yang ringkas ini.Siapa tahu bahawa betapa wajibnya solat ini sehingga waktu sakit atau perang pun ada caranya kita untuk menghubungkan diri dengan yang Maha Esa. Lihatlah kita, kita meninggalkannya atas sebab kerja, shopping,Malunya apabila mereka yang baru memeluk Islam komited dengan solat kerana mereka tahu betapa pentingnya solat itu.Mereka solat di tepi jalan, tasik da

Entri 36 : Terasa dihukum

Acapkali tatkala mendengar berita yang sedih-sedih, ramai yang membuat analisis dan kemudian menjatuhkan hukuman.Lihat, jika ada berita bencana alam, kita akan terdengar, "Itulah bala dari Tuhan.Tuhan sudah marah." Memang ada baiknya menganggap begitu, kerana kita akan mengelak berbuat perkara yang dilarang.Tetapi siapa kita untuk membuat konklusi sama ada Tuhan marah atau sayang.Contoh yang lain, "Lihat, hidupnya mewah dan kaya raya.Tuhan sayang sama dia."Bukankah ayat ini membuatkan orang miskin seolah-olah dibenci Tuhan.Jarang kita kata,"Tuhan mengujinya dengan harta, semoga dia menjadi orang yang bersyukur." Jarang sekali bukan? Kita meletak kasih sayang Tuhan seperti itu, apabila diberi kesenangan bererti kita disayangi dan apabila ditimpa kesusahan kita terasa dibenci.Tahukah kita para nabi kebanyakannya menghadapi hidup yang susah? Cuba bayangkan jika ada orang yang menderita sakit seperti Nabi Ayub a.s , mungkin kita akan melabelkannya sebaga