Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Entri 65 : Kucing

"Aduh,sempat ke tak?!" Nurindah cepat cepat menekan punat lif.Sekarang sudah 7.45 malam dan dia belum lagi solat Maghrib. Sambil menunggu lif,dia perasan beberapa ekor kucing berlari menuju di balik satu tiang yang gelap.Terlihat satu jasad wanita berambut pendek berwarna oren,berseluar pendek dan berbaju biru ketat tanpa lengan sedang berdiri kemudian mencangkung. "Melayu kah?Islam kah?" Nurindah memanjangkan leher cuba menjeling ke susuk tubuh yang berkulit sawo matang tersebut.Wanita itu di balik tiang, kelakuannya antara nampak dan tidak,meragukan."Apalah yang dibuat di tempat gelap tu?" Beberapa ekor kucing datang lagi meluru laju ke arah belakang tiang tersebut.Ada yang berekor kontot, ada yang berkurap. Saat Nurindah bermonolog seorang diri, kedengaran seperti beg plastik di buka. "Nah, makanlah.Ini sahaja yang aku ada." Suara itu kedengaran halus di balik kegelapan tersebut, disahuti dengan ngiauan kucing. Aduh...dia seksi, mungkin

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijadikan isu du