Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Entri 72: Nyoman

Lebih kurang pukul 6.30 pagi di Lapangan Ngurah Rai, terang benderang seperti pukul 9.00 pagi di Pulau Pinang. Ramai beratur di bahagian kaunter imigresen. Mata pegawai pegawai imigresen kebanyakan lebam.Saat seorang pegawai wanita memeriksa pasportnya baru Nurindah perasan notis yang pasport cover mesti ditanggalkan sebelum menyerahkannya kepada pegawai. "Oh, maaf.Aku lupa tanggalkan covernya. " Pegawai wanita tersebut mengangkat muka, "Kenapa?" "Aku lupa tanggalkan cover pasport."Nurindah  menuding ke arah pasport yang dipegang pegawai tersebut. "Oh, enggak apa apa. "balas pegawai tersebut sambil tersenyum.  Lega,seterusnya melalui checkpoint pegawai kastam.Seorang pegawai lelaki muda menunjukkan backpack Nurindah."Aku mahu check itu."katanya.  Padahal beg tersebut baru sahaja melalui pemeriksaan automatik. Dub dab dub dab.Buatnya ada dadah tersesat dalam beg aku?? Pegawai lelaki tersebut mula mengeluarkan satu per satu isi  beg Nur

Entri 71 : Hanya Dia...

"Saya sebenarnya pindah ke sini untuk kembangkan bisnes. Rasanya sejak saya graduate dari U sampai sekarang saya tak pernah keluar dari Penang ."Zahra memberitahu. "Kalau itu yang terbaik untuk awak."sahut Nurindah,sedih juga bila difikirkan yang selepas ini dia tak ada kawan lagi untuk lepak di Pulau Pinang.Zahra bekerja sendiri sebagai penasihat kewangan.Sifatnya yang sentiasa positif dan terbuka membuatkan Nurindah senang bersahabat dengannya. "Tapi tulah, saya terpaksa letak jawatan dari Darul Ilmu.Jadi saya minta tolong awak gantikan tempat saya boleh?" Nurindah seperti mahu tersedak roti Arab keju yang ditelannya. Biar betul, Setiausaha Agung di Darul Ilmu.Rasanya dia langsung tidak berkelayakan. "Tuan Khairuddin ada juga sebut nama awak.Saya rasa awak boleh buat.Kerjanya tak banyak sebab kita memang sudah ada seorang setiausaha di Darul Ilmu. "Aduh...saya bukannya jenis bertudung labuh dan lemah lembut . Tak ada c

Entri 70 : Mudahkanlah urusannya.

"Nanti jangan lupa beri nombor telefon kawan kamu tu."Pesan emak untuk ke berapa kali.  "Humm."Nurindah mengemas barang, tak berani dia memandang wajah emak.Bimbang rahsianya terbongkar. Dalam hatinya Allah saja yang tahu, buatnya terjadi apa apa pada dirinya, bagaimana dia mahu mengadap emak?Adakah dia termasuk dalam golongan anak derhaka?  Esok dia akan bertolak, penerbangannya dari Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam.Penerbangan akan transit di KLIA sebelum ke Bali.Dijangkakan akan tiba di Bali 2.30 pagi. Mujurlah Aini,kawannya telah menukar hotel atas namanya, jadi dia tak perlu lagi risau tentang penginapan di sana. Mungkin dia akan berehat sebentar di lapangan terbang Ngurah Rai sehingga hari cerah.  Esok juga dia bakal sibuk di pejabat, syarikatnya mengadakan Teknikal Simposium di mana dia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. Hari yang sibuk, dia akan bertolak ke lapangan terbang dari pejabat.                  ******************

Entri 69 :Menarilah dengannya

Prolog Nurindah menarik selimut, badannya seram sejuk. Emak masih mendiamkan diri.Apalah yang difikirkan emak, Nurindah tak berani meneka.Emak langsung tidak memandang wajahnya.  "Jika emak tahu, emak tak akan benarkan." ********** Emak cuma baring,  dah seminggu lebih emak tak mampu bergerak banyak. Ke bilik air bertongkat, solat duduk. Tidak memasak, bermain dengan cucu atau melakukan segala rutin hariannya hatta membebel sekalipun. Rumah menjadi sangat sunyi. Anak-anak menjadi risau. Sudah ke klinik  dua kali, diberi ubat tak jalan, diberi suntikan juga tak jalan. Sakit lutut emak kali ini bukan main main. Dek kerana lepat ubi kayu, emak merana berminggu-minggu. Nurindah bingung, kalau sudah ke klinik kerajaan, klinik swasta  pun sudah, mana lagi dia harus pergi. Nenek dan emak saudaranya  memberitahu ada seorang doktor di Kuala Pegang, pakar sendi. Malah nenek yang pernah diserang  Chikungunya juga sembuh selepas  berjumpa dengan doktor