Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Entri 73 : Jika itu kamu...

Kamu mungkin merajuk dan marah disebabkan reaksi aku tadi.Bukan sengaja aku malas layan tapi aku terpaksa abaikan pemikiran kamu.Kamu risau perkara yang remeh temeh, setiapkali aku tenangkan kamu dengan satu penyelesaian otak kamu dengan bijaknya mengeluarkan kerisauan yang tak berkesudahan. Kadang kadang aku terfikir jika kamu di tempatku dahulu.CGPA rendah tapi tak mahu menganggur.Hantar saja resume kemana-mana.Hampir 30 resume dihantar dan masa itu email bukanlah medium utama.Singgah di kilang-kilang, tinggalkan resume di pintu pengawal. Syarikat kecil sudah, cuba nasib di syarikat besar walaupun mereka sudah setkan berapa had CGPA tapi apa salahnya mencuba nasib.Pergi temuduga, penemuduga meminta untuk mendaftar melalui laman web.Penemuduga itu berkata,'Saya hairan kenapa CGPA kamu rendah tetapi apabila menemuduga kamu langsung saya tak menduga CGPA kamu sebegini rendah.Sila daftarkan dekat laman web kami.' Aku mendaftar malam tu juga, tapi pendaftaranku di