Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Entri 101 : Masa Depan

Masa depan itu untuk dicipta bukan diramal Rancanglah dan bekerjalah selebihnya bertawakal Risau perkara-perkara yang tidak-tidak hanya membazirkan waktu hidup Peruntukkan masa untuk berusaha, berehat dan berserah Berserah itu seperti memaafkan Belajarlah untuk let go perkara-perkara yang di luar jangkauan Kerana kita manusia Maka rancangan kita dibatasi oleh fitrah manusia Kerja kita hanyalah setakat kemampuan makhluk Serahkanlah selebihnya kepada yang Khaliq Biarkan Dia memperbaiki kerja kita Berdoalah agar hati menjadi tenteram Moga moga masa depan kita lebih baik Selamat tinggal 2018, tentunya kita tak akan berjumpa lagi. Moga moga aku menjadi orang yang sentiasa belajar dan memberi. Menara Binjai, Kuala Lumpur.

Entri 100 : Maaf

Maafkanlah dirimu sahabat jika setiap hari engkau awal tapi hari ini engkau lewat. Maafkanlah dirimu jika selama ini kau bekerja keras tapi hari ini kau tidak berbuat apa apa. Maafkanlah dirimu yang tadi terleka dan alpa  Maafkanlah dirimu yang semalam yang melalui kegelapan Maafkanlah dirimu moga moga kau mendapat kekuatan memaafkan orang lain Maafkanlah moga moga  kemaafan itu  menjadi belas Tuhan ke atas mu di sana.

Entri 99 : Jam

Orang kata kalau nak melambatkan masa kita perlu cepat. Makin kita laju, masa makin lambat. Kalau nak banyak masa kena gunakan sebanyak mungkin.Makin banyak guna , makin banyaklah masa. Perkara yang paling jauh dan sentiasa makin menjauh adalah masa yang berlalu , maka hargai masa sekarang kerana walaupun hanya satu saat yang berlalu takkan kita dapat mencapainya.

Entri 98 : Kasih ibu

"Semalam mak tidur rumah tok.Mak kan dah berapa lama dah tak balik kampung. Dua bulan dah kut." Emak bercerita."Mak tido dengan tok.Tok mu kapok mak.Mak rasa seronok behawa la."Ada sedikit terharu pada nada suara emak. "Emak..."Nurindah gelak, terasa pelik bila emak yang berusia 60 tahun bermanja dengan nenek. "Mak rasa seronok macam muha seronok bila mak kapok muha .Habis hati rasanya." Anak walaupun seratus tahun umurnya tetaplah anak kecil pada pandangan ibunya. "Ni mak nak tanya ni, bulan ni Along tak beri duit kat mak ka?" "Dak mak oo.Along pinjam bulan ni nak bayar homestay boleh?.Bulan depan Along ganti. Okpa deh ? Mak tak cukup ka bulan ni?" " Dak mak pun kering gak bulan ni. Takpa lah. Mak ingat nak buat kuar lima ratus dari tabung mak. Mu rasa cukup dak?" "Eh, tak tuh la mak." "Ka mak nak kuar seribu?Takut mu tak cukup nak urus semua. Kut kut mu nak cuti takda gaji."

Entri 97 : Doa

DIA TIDAK TAHU APA YANG DIFIKIRKAN.Fikirannya melayang entah ke mana. Jalan dari rumah ke Masjid Wilayah tidak perlu guna Waze.Jalan yang sama dilaluinya dua kali seminggu sejak beberapa bulan yang lalu. Entah kenapa dia tidak masuk ke simpang yang sepatutnya tetapi terus ke Bukit Tunku yang sunyi sepi itu. "You're perfect , you always looking for improvement." Dia tidak tahu apa lagi personal development yang harus ditulisnya. "Improve communication skills." Dia menulis. "I never think you have communication skills, you communicate with us perfect." Diam.Dalam hati, mungkin masalah kurang keyakinan.Selalu dia perasan orang tidak faham apa yang hendak disampaikan. Sempurna.Sempurna itu subjektif, berbeza untuk setiap orang. Hidup orang lain sentiasa nampak sempurna Sedangkan... setiap pagi dia berlatih senyum semasa mandi setiap hari dia cuba luangkan masa untuk membaca. setiap malam dia akan susun to-do list. setiap detik dia

Entri 96 : Epal

Pagi di bulan May yang sungguh cerah.Seperti dirancang semalam Maria mahu menemani Nurindah ke Hampstead Heath Park.Lebih kurang tiga kilometer dari rumahnya, mereka melalui jalan jalan kecil di daerah Brent ini. Sambil menikmati hiruk pikuk pagi mereka berbual-bual sepanjang jalan.Mungkin aneh akan tetapi Maria berminat tentang Nabi Muhammad s.a.w. Semalam dia bertanya bagaimana orang Islam sembahyang, maka Nurindah menunjukkan cara sembahyang secara ringkas kerana dia berada dalam keadaan haid. "Oh, sekarang aku faham. Ketika kamu bersujud, kamu membuat hubungan dengan alam.Di saat itu kamu peroleh manfaat yang banyak."Komennya dari sudut faedah meditasi. Nurindah mengangkat kening, tidak faham.Mungkin bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya, namun bagi Maria bahasa Nurindah lebih baik dari sesetengah tetamu yang menginap di rumahnya. Latar belakangnya sebagai seorang psikoterapi membuatnya meneroka pelbagai kepercayaan Kristian, Hindu, Buddha dan Islam. Dari

Entri 95 : Huruf

BEBERAPA MINGGU yang lalu. "Nur, telefon kamu berbunyi." Nurindah mengangkat dahi, nada dering itu bukan nada dering dari telefonnya.Tetapi ya, telefonnya berdering. Ada panggilan dari applikasi Be My Eyes . Oh panggilan untuk pertama kali.Teruja bercampur takut dia menekan butang Accept . " Hello, how can I help you ?"Dia mulakan dengan suara yang ceria. " !@#$% ke tak?"Tidak ada hello atau salam. "Apa?" Dia tidak dengar dengan jelas. !@#$%  itu apa ya. " !@#$% ke tak?"Masih juga tidak jelas. "Maaf saya tak faham soalan.Boleh ulang sekali lagi?" Dalam hati timbul syak, entah-entah applikasi scam. "Ke #$% ke tak?" "Kerja apa? Anda tanya saya kerja apa ke?" Dia meneka,sesuatu yang bermula dengan ke___. "Kedut ke tak?" Akhirnya. Lega. "Boleh tunjuk tak? Boleh on kan camera ?Biar saya tengok." Video yang terpapar sedikit terhuyung hayang.Kelihatan tudung labuh b

Entri 94 : Andaman

Matanya antara buka dan tutup. Selepas Subuh tadi ada dia terfikir untuk berenang kerana berjogging mungkin terlalu berat untuk badannya hari ini.  Akhirnya dia merancang untuk guna hotel gim sahaja tetapi mungkin dia akan tidur dulu seminit dua dahulu dek kepalanya yang sakit.   "Berapa lagi hari di sini?"   "Besok baliklah."   "Oh, kalau banyak hari lagi mungkin boleh buat rawatan lagi.Yang ini takkan boleh keluar dalam  masa sejam." Tukang urut itu menepuk belakang tulang belikatnya.   "Nanti silalah sambung urut atau rawatan seterusnya." Selepas sesi urutan petang semalam terasa dirinya seperti demam. Dia jarang sakit tetapi dia bukanlah tergolong dalam orang yang sihat.Badannya selalu merah dek angin dan allergik.Kerana itu dia sedaya upaya menjaga kesihatannya. Hari ini pukul 8.44 pagi. Nampak gayanya bersenam di dalam gim tadi hanyalah dalam mimpi. Sepatutnya petang semalam dia turun bermain ombak tetapi dia bersel

Entri 93 : Orang pulau

Pagi pagi lagi dia sudah bangun. Berdiri sekejap memanaskan badan sebelum berlari.Dia hanya perlu mengikut program warm-up dari applikasi Nike Training Club .Tak sampai 10 minit memanaskan badan. Mudah. Dunia internet tanpa batas tidak membenarkan alasan. Tidak tahu? Google . Mahal ? Lihatlah deretan applikasi untuk telefon pintar. Segalanya mudah  yang tinggal hanya mahu atau tidak.Dan tentulah talian internet yang laju. Dia membuka applikasi Nike Running Club dan berlari keluar ke kanan.Jalan sunyi.Tak banyak orang yang berlari di pagi pagi begini. Sebuah motosikal melepasinya.Kelihatan seperti baru pulang dari masjid. Pulau Langkawi. Masih lagi sunyi.Cuma beberapa pelancong yang berlari atau berbasikal. Terasa seperti bukan di tanah air sendiri. Dia memejamkan mata kemudian membukanya semula. Kenapa perasaan ini seperti negara asing? Keterujaan. Selama ini dia tidak perasan keindahan tanah air sendiri. Memuji kampung di tempat orang, terlupa kampung tem

Entri 92 : Bisik hati

"Hai... apa khabar?" Suara itu seperti tersipu-sipu. Pagi ini dia bangun awal. Dia mengeluh tidur tidak cukup , jam 4.15 pagi nanti Grab akan datang menjemput. Semalam untuk pertama kali dia membuat keputusan untuk menaiki Grab dari rumah ke airport .Selalunya jika penerbangan awal pagi, dia akan memutuskan untuk lepak sahaja di lapangan terbang sahaja semalaman.Jimat duit. RM105. Mahalnya, pukul 8 malam dia masih berkira kira.Akhirnya dia menekan butang Book di aplikasi Grab . Walaupun dia berada di rumah, masih juga dia tidak dapat tidur awal.Rutinnya sebelum kembara adalah mengemas, membasuh baju dan lain-lain.Dia tidak mahu tertekan apabila balik dari bercuti nanti melihat biliknya berselerak dan baju yang tidak dibasuh.Suatu hari nanti perkara-perkara begini akan diautomatikkan...tunggulah.Dia berdoa sambil melipat baju. Sudahnya pukul 12 tengah malam dia masih bergolek-golek di atas katil.Susahnya nak tidur.Urghh... baik lepak di airport . "Ahh..kalau

Entri 91 : Laut

Kadang-kadang dia tidak mengerti.Dia mencari-cari hikmah?Mencari kenapa tetapi masih belum ditemui. Tania ialah seorang guru yang ceria dan disukai anak-anak.Memang bakatnya mengajar , apa yang diajar mudah difahami anak-anak. Itu adalah bakat dan cita-cita Tania sehingga dia menemui Eric,lelaki bermata biru yang gilakan lautan. Tania sanggup meninggalkan kareernya.Terus menyukai lautan...bukan suka-suka tetapi gilakan lautan.Lelaki itu pakar selam samada menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan. Tania juga ingin jadi seperti kekasihnya.Dia belajar menyelam malah menuruti ke mana sahaja kekasihnya pergi. Lelaki itu seperti kompas menentukan arah hidupnya tanpa dia sedar. Kegilaan itu membuatkan hati ibunya gundah.Bukan kerana anak gadisnya perempuan.Di bumi Australia ini sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja, hanya hati sahaja menjadi penghalang. Hati keibuannya tertanya-tanya ,apa yang dicari di dalam lautan.Tidak cukupkah nikmat di daratan? Apalah yang dinikmati di da

Entri 90 : Adil

Pernahkah kamu rasa berada di sesuatu tempat yang bukan milikmu? Walaupun mereka cuba menerimamu, tetapi terang-terangan kamu tidak ditakdirkan di situ. Walaupun kehadiran mu di situ bukanlah kehendak mu, malah bukan salah mu. Pernah rasa kekok? Menerima senyum yang dibuat buat? Menerima pandangan mata yang janggal? Saat mereka sedaya upaya berusaha menerimamu tapi dari lirikan matanya tempat kamu bukan di situ. Seperti plastik, yang tertinggal di celah hutan.Sedaya upaya ingin menjadi organik? Bukan salah cacing, semut atau tanah apabila mereka tidak terdaya membuatkan kamu selesa di hutan. Bukan salah mu juga kerana tidak diciptakan organik. Kamu menunggu di situ, terusan menyalahkan orang lain. Jauh di dasar hati itu bukanlah pilihanmu. Jauh di sudut hati, kamu berharap suatu hari ada sesorang yang mengutipmu dan meletakkan di tempatmu. Sebelum saat itu tiba, mereka terpaksa menerimamu walau jauh di sudut hati kamu tahu, kamu bukanlah sebahagian dari mere

Entri 0 : Dari hati

Hari ini saya nekad memilih entri-entri kegemaran saya.Susah rupanya.Mungkin saya perasan sendiri, tapi jujurnya saya merasakan semua entri-entri di blog ini dekat dengan hati. taman tasik perdana, kuala lumpur Betul, sangat dekat dihati ini.Saya mengenang kembali saat saya  menulisnya, ada ketika saya menangis dan ada ketikanya saya tersenyum sepanjang hari.Saya berkata kepada diri saya, saya tidak ada apa-apa untuk dikongsi untuk sekalian manusia dan saya berharap sekali penulisan ini sampai ke hati anda. Tentulah saya mohon kebijaksanaan anda mengambil manis dari yang pahit. Saya suka menulis dan selalu terlintas di hati saya, apa yang pembaca fikir apabila mereka membaca blog ini.Sedihkah mereka? Sukakah mereka?Apa yang mereka dapat? Saya tidak tahu.Saya tidak hidup dalam dunia kalian sama bagaimana seperti kalian juga tidak hidup dalam dunia saya.Kita manusia hidup kelihatan bersama sama akan namun setiap kita bakal dihakimi tentang hidup yang kita lalui sendiri. A

Entri 89 : Cinderella

Kamu dilahirkan sebagai khalifah,patutkah kamu berharap orang lain menghargai kamu sedang kamu sendiri tidak mahu menghargai diri sendiri? D ia memberhentikan kereta kecil di depan sebuah hotel mewah.Dia tercari-cari tempat parking yang sesuai, perlukah dia masuk untuk daftar dahulu dan tinggalkan keretanya di sini atau bagaimana? Bingung. Dia keluar dan bertanya kepada lelaki yang berdiri di kaunter yang tertulis 'Valet Parking RM 30' , dalam hati terdetik.Oh, mahalnya. "Puan boleh parking di dalam tingkat bawah, tinggalkan beg kepada bellboy kat sana."Beritahu lelaki di kaunter tersebut dengan sopan.Dia menurut, bellboy yang pertama kelihatan sibuk mengangkat beg tetamu lain. Dia menarik keluar beg sebesar 24 inci dan termangu-mangu sebentar.Saat kekok mula datang, aku sudah lupa cara masuk hotel mewah begini.Hatinya sedikit ralat.Tiba tiba seorang bellboy lain mendekat. "Terimakasih" Inilah pertama kali dia berurusan dengan bellboy .Dia tidak