Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 82 : Muhasabah kematian

Seorang manusia tidak dapat memilih bagaimana kematianya, tetapi dia diberi peluang bagaimana untuk dia hidup Aku hanya boleh berkata, Aku mahu mati dalam Islam tetapi hanya Allah tahu bagaimana mati ku, sedang aku diberi pilihan untuk hidup sebagai Islam. Aku mahu mati dalam keadaan disayangi tetapi hanya Allah tahu siapa yang akan berdoa untukku sedang aku diberi peluang untuk menyayangi mereka. Aku mahu amalku diterima tetapi hanya Allah yang akan memutuskan menerima atau menolak amalanku sedang aku diberi pilihan untuk beramal semahu mahunya. Hiduplah dengan baik baik sebagai manusia yang bermanfaat di bumi ini, janganlah dirisaukan kerja Tuhan yang sememangnya tak terjangkau akal kita.Sebaik baik hakim, adalah orang yang menghakimi dirinya hari ini dengan dirinya yang kelmarin. Celakalah mereka yang hari ini lebih buruk dari kelmarin,rugilah mereka yang hari ini sama sahaja seperti kelmarin dan amat beruntunglah mereka yang hari ini lebih dari kelmarin. Semoga kita

Entri 81 : Bunga

Pagi pagi buta Nurindah menelefon emak.Risau tentang pokok bawang yang makin mereput. "Emak, pokok bawang along kenapa mati?Along siram cukup, hari tu tumbuh okay." "Ish.. mana lah emak tau.Along kena tuai kut?" "Tuai?Kena ambil bawang tu la kan?" "Ye kut.Amboi anak emak rajin menanam sekarang."Emak gelak. "Takdalah emak.Ingat nak tanam pokok pokok sayur.Ada juga faedah,boleh makan." "Amboi perli emak nampak." "Ehh.. takdalah emak."Betul, langsung Nurindah tak terfikir untuk menyindir emak yang gilakan bunga sejak beberapa bulan ini. Sambil mengorek pokok bawang yang mereput, mungkin kerana seminggu tidak bersiram Nurindah terfikir.Emak menanam pokok bunga dan seperti kebanyakan orang lain mereka tidak menghiraukan pendapat orang yang mengatakan tanam pokok bunga takda faedah.Bukannya boleh makan. Pokok bunga, pokok buah semuanya dicipta Allah pasti berfaedah. Emak menyiram pokok bunga sambil mene

Entri 80 : Makan di bulan puasa?

Adakah entri ini akan dimaki?Saya memikirkanya berulang kali.Saya ingin menulis di wall Facebook, tetapi ayatnya menjadi panjang dan tidak teratur. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis di sini dan jika ditakdirkan penulisan ini dimaki, saya berdoa supaya saya kuat. Saya dilahirkan perempuan di dalam Islam.Ya, agama yang memberikan kebebasan , belas kasihan terhadap wanita.Anda boleh lihat betapa belas kasihannya agama ini dari segi hukum.Perempuan dilarang solat dan puasa ketika haid. Mula mula ketika saya memberitahu kawan bukan Islam bahawa wanita tidak dibenarkan solat puasa, saya ditempelak,"Mana adil?Diskriminasi, kenapa perempuan haid dihalang solat dan puasa." Maka saya memberitahu,itu adalah tanda kasih sayang.Wanita yang haid dalam keadaan lemah, emosi bercelaru maka disebabkan itu kami diberi kelonggaran--bukan kelonggaran tetapi dilarang sama sekali untuk berpuasa.Oh, betapa penyayangnya Islam. Mari kita kecilkan skop tentang puasa.Kerana kita berada di

Entri 79 : Duit kita

Haikal resah.Dua tiga hari ini fikirannya berserabut.Isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Hazim tetapi terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana kuning yang melampau. "Kebiasaannya ibu yang berdarah O memang  mempunyai risiko jaundis.Namun mujurlah anak tuan berdarah B." Susu isteri seperti tidak dapat menampung keperluan bayi, terpaksa dicampur dengan susu formula.Namun kuning si anak tidak berkurangan. Dua tiga hari dia,isteri dan ahli keluarga yang lain tidak senang duduk.Masing masing menurunkan petua masing-masing.Air sengkuang cina, malah ada yang mencadangkan air tebu hitam dan pelbagai lagi. Emaknya  bertambah  susah hati.Risau perut si kecil tidak tahan menampung petua petua yang ada."Tebu tu kalau orang mengandung pun boleh keguguran, apatah lagi kalau diberi makan budak kecil.Haikal cuba rujuk klinik homeopati, sekurang-kurang lebih baik dari mencuba cuba petua."cadangnya.Sedih benar melihat bayi kecil ini seolah di

Entri 78 : Reset password

Sudah berhari hari rasanya teman serumah merungut tentang password Instagram. "Tak ingat password ." " Reset sajalah password ."Nurindah memberitahu,bagaikan angin lalu.Kemudian mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suatu malam saat mereka melepak di ruang tamu. "Saya nak modify Instagram ni, tapi tu la masalahnya saya lupa password ." Nurindah mengerutkan dahi, ingatkan masalah tersebut sudah selesai beberapa hari yang lalu."Eiii... reset sajalah.Lupa password , reset saja." "Tak boleh wak." "Cuba Google." Nah.  Biar saya google untuk awak "Yala, tak terfikir nak Google.Hari tu saya cuba tapi dia mintak password lama." Lagi berkerut dahi Nurindah,sistem apa yang bodoh hinggakan lupa password tapi masih request password lama. Teman serumah menunjukkan skrin mobilnya dengan muka kasihan. "Laa... yang awak tekan Change password tu kenapa?Memanglah dia akan minta password lama.Ad

Entri 77 : Bising

Dunia ini dunia yang bising.Semakin lama semakin bising.Secara maya atau nyata ianya sangat bising. Semua mahu bercakap, jarang yang mahu mendengar.Kita jarang mendapat ilmu kerana kita kurang mendengar.Kadang-kadang petunjuk itu ada , di depan mata tapi kita cuma mahu bercakap.Kita tidak mahu dengar.Kita itulah yang buta,tuli dan pekak. Kita mahu disangka baik, kita bising menghebahkan kita baik. Kita mahu disangka bersih,kita bising menghebahkan kita bersih. Kita mahu disangka berilmu,kita bising dan bising. Susah mahu cari yang diam dan buat. Berlambak yang bising dan kosong Rumah kita bersih, sayangnya bukan kita yang membersihkannya. Mulut kita berkata baik sayangnya hati kita tidak. Di mana yang diam itu...yang sedikit dan yang tidak laku itu. Diam...dalam hiruk pikuk mereka yang bising. Diam melakukan apa yang dibising-bisingkan. Diam sambil mendengar rungutan rungutan si polan si polan yang tidak bersetuju itu dan ini, bising membandingkan yang baik dan yang b

Entri 76: Bateri

"Terima kasih  Kak Rina.Tolong saya ambilkan goodies ni" Berkali kali dia mengucapkan terima kasih. "Tak apa, kebetulan lalu jalan rumah."Kak Rina menghulurkan beg goodies berwarna kuning. "Rumah kamu kat mana?" "Tu dekat saja.Tadi jalan kaki dah separuh tapi tiba tiba rasa takut so terus patah balik drive ." "Haah,iyala.Gelap tempat ni." Setelah mengucap selamat jalan, Nurindah memandu berpatah balik ke rumahnya yang hanya selang beberapa blok kedai sahaja.Saat Nurindah mematikan enjin,kedengaran bunyi motosikal betul betul hampir dengan keretanya.Cepat cepat Nurindah mengunci pintu kereta dan menoleh ke tingkap. Seorang lelaki dan wanita Cina rupanya.Wanita Cina itu turun dari motosikal dan menghampiri kereta kancil yang parkir di belakang kereta Nurindah. "Oh mungkin lelaki ini menghantar wanita ini ke tempat parking kereta. " Nurindah turun dari kereta dan berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Saat Nurin