Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 86:Pilihan

Tiada manusia yang paling malang di dunia ini malah tiada pula yang paling beruntung. Untung , malang adalah perspektif kaca mata manusia. Jika ditanya sama malaikat, menjadi manusia itu beruntung.Malah lagi dicemburui iblis. Asalnya dari air mani yang hina, tidak dipandang sesiapa pun. Tiba-tiba jadi manusia yang cemerlang. "Sayangnya dia tidak sedar betapa cemerlangnya dia.Betapa cemerlangnya sehingga Quran diserahkan kepadanya sedang gunung gunung tidak sanggup memikulnya."Pohon pohon seolah berbisik sesama sendiri. Namun dia masih terasa kerdil.Dibandingkan diri dengan manusia yang lain.Yang paling kaya, paling cantik dan paling pandai. Malah dia kepingin menjadi burung atau pokok atau apa sahaja atau lebih baik dia langsung tidak diciptakan.Kenapa Tuhan ciptakan aku?Sepatutnya aku tak wujud dari mula lagi.Dia berkabung, mencela nasibnya. "Alangkah ruginya.Di sebalik kemalangan itu dia diberi pilihan untuk senyum atau meratap nasib."Sang burung b

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u

Entri 84 : Menang

"Ayah, cepat sikit.Razif dah lambat." Razif panik apabila kereta ayah bergerak macam siput.Perlawanan pukul 4.00 petang dan sekarang sudah pukul 3.45 petang. Dia tidak boleh lambat.Dia pemain utama, tunggak kepada pasukan.Saat kereta ayah menghampiri pintu mini stadium dia sudah bersedia membuka pintu kereta."Terima kasih yah."ucapnya sambil melompat dari kereta. Saat dia sampai pasukannya sudah berkumpul dan sedang melakukan senaman.Segera dia membuka beg, mahu mencapai jersi...alamak. Jersi tertinggal dalam kereta.Panik.Ahh, tak apa dia kan pemain tunggak, mesti cikgu lembut hati membenarkan bermain walaupun dia terpaksa meminjam jersi dari pemain simpanan.Ada cara, yang penting pasukan tidak boleh bermain tanpanya.Pasukan Sekolah Menengah Asam Jawa bukanlah calang-calang pasukan.Lagi pula dia sudah berlatih bersungguh-sungguh selama ini. "HAH kamu Razif!! Apa yang kamu terhegeh-hegeh tu? Sudah lah lambat!Cepat  masuk padang sekarang." Jerit Cikg

Entri 83 : Pengembala kambing

"Anehnya, kamu seorang pengembala kambing.Bagaimana kamu tahu membaca?" Suara kecil gadis itu terngiang ngiang ditelinganya.Sambil memejam mata dia terbayang mata besar anak gadis yang kurang lebih sebayanya apabila dia bercerita tentang Pergunungan Fagaras. Tujuan hidupnya adalah mengembara.Tetapi itu bukan tujuan ibu bapanya yang bertani.Mereka bekerja keras semata-mata hidup cukup untuk makan dan minum ,tidak lebih dari itu.Mereka mahu anak lelaki mereka menjadi berguna dan dihormati.Mereka menyekolahkannya dengan harapan dia akan menjadi pendeta yang disegani. "Aku cuma mahu mengembara ayah, aku mahu melihat dunia luar." Ayah menghela nafas, matanya merenung bukit bukit menghijau.Pergunungan Fagaras kelihatan sayup dan misteri."Ramai orang luar datang melalui kampung ini.Tujuan mereka sama,mencari sesuatu yang baru.Tetapi apabila mereka pergi, mereka masih lagi orang yang sama." "Mereka mendaki gunung,merentas tasik,mencari istana dan be

Entri 82 : Muhasabah kematian

Seorang manusia tidak dapat memilih bagaimana kematianya, tetapi dia diberi peluang bagaimana untuk dia hidup Aku hanya boleh berkata, Aku mahu mati dalam Islam tetapi hanya Allah tahu bagaimana mati ku, sedang aku diberi pilihan untuk hidup sebagai Islam. Aku mahu mati dalam keadaan disayangi tetapi hanya Allah tahu siapa yang akan berdoa untukku sedang aku diberi peluang untuk menyayangi mereka. Aku mahu amalku diterima tetapi hanya Allah yang akan memutuskan menerima atau menolak amalanku sedang aku diberi pilihan untuk beramal semahu mahunya. Hiduplah dengan baik baik sebagai manusia yang bermanfaat di bumi ini, janganlah dirisaukan kerja Tuhan yang sememangnya tak terjangkau akal kita.Sebaik baik hakim, adalah orang yang menghakimi dirinya hari ini dengan dirinya yang kelmarin. Celakalah mereka yang hari ini lebih buruk dari kelmarin,rugilah mereka yang hari ini sama sahaja seperti kelmarin dan amat beruntunglah mereka yang hari ini lebih dari kelmarin. Semoga kita

Entri 81 : Bunga

Pagi pagi buta Nurindah menelefon emak.Risau tentang pokok bawang yang makin mereput. "Emak, pokok bawang along kenapa mati?Along siram cukup, hari tu tumbuh okay." "Ish.. mana lah emak tau.Along kena tuai kut?" "Tuai?Kena ambil bawang tu la kan?" "Ye kut.Amboi anak emak rajin menanam sekarang."Emak gelak. "Takdalah emak.Ingat nak tanam pokok pokok sayur.Ada juga faedah,boleh makan." "Amboi perli emak nampak." "Ehh.. takdalah emak."Betul, langsung Nurindah tak terfikir untuk menyindir emak yang gilakan bunga sejak beberapa bulan ini. Sambil mengorek pokok bawang yang mereput, mungkin kerana seminggu tidak bersiram Nurindah terfikir.Emak menanam pokok bunga dan seperti kebanyakan orang lain mereka tidak menghiraukan pendapat orang yang mengatakan tanam pokok bunga takda faedah.Bukannya boleh makan. Pokok bunga, pokok buah semuanya dicipta Allah pasti berfaedah. Emak menyiram pokok bunga sambil mene

Entri 80 : Makan di bulan puasa?

Adakah entri ini akan dimaki?Saya memikirkanya berulang kali.Saya ingin menulis di wall Facebook, tetapi ayatnya menjadi panjang dan tidak teratur. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis di sini dan jika ditakdirkan penulisan ini dimaki, saya berdoa supaya saya kuat. Saya dilahirkan perempuan di dalam Islam.Ya, agama yang memberikan kebebasan , belas kasihan terhadap wanita.Anda boleh lihat betapa belas kasihannya agama ini dari segi hukum.Perempuan dilarang solat dan puasa ketika haid. Mula mula ketika saya memberitahu kawan bukan Islam bahawa wanita tidak dibenarkan solat puasa, saya ditempelak,"Mana adil?Diskriminasi, kenapa perempuan haid dihalang solat dan puasa." Maka saya memberitahu,itu adalah tanda kasih sayang.Wanita yang haid dalam keadaan lemah, emosi bercelaru maka disebabkan itu kami diberi kelonggaran--bukan kelonggaran tetapi dilarang sama sekali untuk berpuasa.Oh, betapa penyayangnya Islam. Mari kita kecilkan skop tentang puasa.Kerana kita berada di