Kepincangan 1 Berapa banyak kempen tentang aurat perempuan.Sekali dengar macam inilah satu-satunya perkara asas dalam agama.Tetapi berapa banyak kempen tentang lelaki untuk menundukkan pandangan terhadap wanita? Alangkah indahnya jika kedua-dua ini seiring. Kepincangan 2 Berapa banyak kempen untuk berpuasa, zakat, menutup aurat tetapi berapa kerat kempen tentang solat?Sedangkan solat itu tiang agama. Solat itu simple , practical di mana-mana asalkan bersih.Cuma mengambil masa dalam lebih kurang lebih lima minit.Tetapi berapa ramai termasuk saya yang menganggapnya susah dan menambah dan memberatkan hukum yang ringkas ini.Siapa tahu bahawa betapa wajibnya solat ini sehingga waktu sakit atau perang pun ada caranya kita untuk menghubungkan diri dengan yang Maha Esa. Lihatlah kita, kita meninggalkannya atas sebab kerja, shopping,Malunya apabila mereka yang baru memeluk Islam komited dengan solat kerana mereka tahu betapa pentingnya solat itu.Mereka solat di t...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com