3 Ramadhan 1440 , hari ini hari ketiga Ramadhan dan hari pertama saya berpuasa. Adik saya datang ke rumah bermalam, hari ini dia ada temuduga. Moga-moga dia dapat pengalaman baru dan gaji baru. Saya tertidur lepas sahur, mungkin rutin saya terhenti sekejap apabila tiba-tiba adik datang menjenguk. Saya sakit perut, mungkin kerana makan pedas semalam. Pertama kali makan nasi ambeng, selalu nampak saja dijual tapi tak reti makan.Kali ini dapat belajar makan nasi ambeng. Pagi-pagi bersiap cantik cantik tinggal nak buka pintu nak keluar, perut memulas. Akhirnya terus ke tandas. Pakai baju cantik cantik dan semangat nak kerja alihnya ke klinik. Klinik Aminah - ini kali ketiga saya ke klinik.Saya tak ingat bila kali terakhir saya ke klinik.Syukur sebab saya masih sihat. Saya suka klinik ini kerana doktornya suka bercerita tentang kehidupan. Usia doktor mungkin sudah lebih 70 an, dilahirkan sebelum Malaysia merdeka. Mungkin itu membuatkan saya rasa nasihatnya boleh diterima dipa...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com