Nota : Perbualan berlaku dalam bahasa Inggeris. Entri ini menterjemahkan kebanyakannya dalam Bahasa Melayu. Suasana petang menjadi sibuk pada waktu pagi London. Pasukan di Malaysia akan mengemaskini status tugasan sebelum diserahkan kepada pasukan London. "Hello, Nur how are you?" Suara Ivan kedengaran ceria seperti kebanyakan harinya. "I am fine." Dia menyahut sambil menaip nota di monitor. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi dan hambar. "Umm..." Dari fon telinga kedengaran seperti Ivan teragak-agak untuk terus bersuara. Aneh, kerana selalunya tidak begitu. "Wait..." Nur seperti dapat meneka kenapa. Naluri wanitanya atau mungkin kerana dia sudah biasa berbual melalui fon maka dia dapat mengesan sesuatu yang tidak kena, "Is it because I am woman? I mean you though I am not fine although I replied I am fine." Nur berterus terang. Lagipun dia pernah melihat artikel tentang cara mentafsirkan ayat daripada wanita tetapi dia menyangkakan itu ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com