"Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke ?" Dilema. Balik dengan kereta mahal banyak, penat sedikit dan bosan sebab pandu seorang diri. Tak ada geng buat membawang dalam kereta di kala pemandu lain acah-acah samseng atau diri sendiri menjadi samseng. Balik dengan bas tak penat, murah banyak tetapi kurang fleksibel. Tak boleh berhenti dekat RnR sesuka hati dan tiada istilah 'ambillah masa manis kamu sebanyak mungkin'. Jika dia memilih untuk balik kampung dengan kereta maka dia cuma ada esok hari untuk servis kereta dan semestinya kos servis tak dijamin murah juga. "Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke?" Lupakan keretapi kerana karutlah jika tiket masih ada jika dibeli saat akhir. Jika dapat beli dua minggu sebelum pun dikira bernasib baik. Semua orang suka naik keretapi walaupun mahal sebab cepat. Tiket ETS sangat laku keras. Semalaman dia masih berkira-kira dan akhirn...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com