Krismas kali ini mungkin berbeza Mungkin lebih baik dari perayaan-perayaan lain yang terdahulu Kali ini kita lebih jelas dengan Covid Makhluk yang tak jelas itu Emak kurang sunyi berbanding Aidilfitri Asal cuti tak kira hari apa, raya apa Emak akan buat makan-makan Asal anak balik dia akan buat makan Jadi asalkan ada perayaan mereka gembira Hari ini dia masih berkira-kira Nak balik atau tidak Terutama bila memikirkan pagi tadi emak telefon Bila ditanya kenapa telefon pagi pagi ini Emak cuma mahu bertanya khabar Itu sahaja Dan semalam Nurindah bermimpi Giginya patah Jika anda membaca entri ini Mungkin Nurindah sedang dalam perjalanan pulang ke kampung Untuk mengubat rindu emak 24122020
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com