"Nanti jangan lupa beri nombor telefon kawan kamu tu."Pesan emak untuk ke berapa kali. "Humm."Nurindah mengemas barang, tak berani dia memandang wajah emak.Bimbang rahsianya terbongkar. Dalam hatinya Allah saja yang tahu, buatnya terjadi apa apa pada dirinya, bagaimana dia mahu mengadap emak?Adakah dia termasuk dalam golongan anak derhaka? Esok dia akan bertolak, penerbangannya dari Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam.Penerbangan akan transit di KLIA sebelum ke Bali.Dijangkakan akan tiba di Bali 2.30 pagi. Mujurlah Aini,kawannya telah menukar hotel atas namanya, jadi dia tak perlu lagi risau tentang penginapan di sana. Mungkin dia akan berehat sebentar di lapangan terbang Ngurah Rai sehingga hari cerah. Esok juga dia bakal sibuk di pejabat, syarikatnya mengadakan Teknikal Simposium di mana dia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. Hari yang sibuk, dia akan bertolak ke lapangan terbang dari pejabat. ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com