Baru sahaja menonton filem yang bertajuk Look Both Ways. Tak berniat pun nak menonton filem ini tetapi tiba-tiba terpapar di Netflix. Secara ringkas ianya mengisah watak Natalie Bennette yang berjalan dalam dimensi masa yang sejajar. Saya tidak pasti adakah penerangan saya tepat tetapi jalan cerita Look Both Ways ini memaparkan satu watak yang mengalami takdir yang berlawanan. Permulaannya adalah Natalie Bennete adalah seorang gadis yang bercita-cita tinggi , baru sahaja tamat pengajian dalam program animasi dan kemudian terlanjur dengan kawan baiknya. Filem ini memaparkan dua kisah secara serentak di mana kisah hidup Natalie Bennete mengandung kerana terlanjur dan terpaksa melepaskan cita-citanya kerana sibuk menjadi ibu dan kisah yang lagi satu bagaimana hidup Natalie Bennete yang tidak mengandung dan meneruskan cita-citanya di Los Angeles. Jadi sebagai penonton, kita melihat dua takdir yang berbeza akan tetapi akhirnya Natalie Bennete berjaya mencapai cita-citanya walaupu...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com