Beberapa hari lepas saya terjerat menonton drama siri Turki yang bertajuk Magnificient Century dan kemudian berjangkit pula ke Kosem Sultan. Drama ini berlatar belakang Empayar Turki pada era Sultan Sulaiman dan anak-anaknya. Walaupun kebanyakan karakter berdasarkan watak sebenar dalam sejarah akan tetapi saya secara peribadi ragu-ragu tentang ketepatan fakta sejarah dalam drama ini. Malah sangat menakutkan jika penonton mengambil drama ini sebagai rujukan sejarah kerana banyak fakta yang boleh dipersoalkan kebenarannya. Namun saya tertarik dengan drama kerana ia menonjolkan kebudayaan dan ketinggian seni. Turki negara di antara sempadan Eropah dan Asia. Pakaian wanita wanita istana dalam drama ini seperti drama drama klasik Eropah. Malah pelakon pacak dalam drama ini semua cantik-cantik dan tampan-tampan belaka. Sehingga saya tertanya sendiri, wanita kegemaran Sultan ini dikira paling cantik adakah kerana dia betul-betul cantik atau kerana Sultan suka. Sebab kalaulah dek kecantik...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com