Emak susah hati. Abah susah hati. Abang Ngah susah hati. Angah susah hati. Dia susah hati. Semua susah hati. Lembu korban yang ditempah berbulan lalu masih tak kunjung tiba. Mulanya dijanjikan dua hari sebelum raya, kemudian setelah ditanya menjadi sehari sebelum hari raya dan hari ini hari raya. Belum nampak lagi susuk lembu. Hendak dimarah tukang jual, bukan pertama kali mereka membeli. Korban ditetapkan hari raya kedua. Saudara mara dipanggil, tentulah yang paling laju sebelah emak.Mereka faham yang korban ini pertama kali bagi emak.Jadi tak kisahlah berkonvoi sejauh 20 km lebih dari Cheruk Bemban demi memudahkan urusan korban emak. Tapi yang penting lembunya di mana? Dari pagi raya sehingga lanjut petang. Emak sudah bincang dengan saudara maranya yang boleh tolong buat korban sebab ini pertama kali keluarga ini buat korban. Dah terbayang-bayang bagaimana susahnya nak rebahkan lembu.Buatnya lembu mengamuk macam mana? "Takpa kak, lepaih kami habih di sini kami t...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com