Semalam dengan rasminya saya kembali mengikuti kelas Al-Quran. Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas di Masjid Wilayah. Kali ini bentuk pengajian adalah secara online, jujur saya katakan saya agak skeptikal pada mulanya. Saya menyukai kelas tradisional di mana pelajar dan guru boleh berinteraksi. Rupanya saya salah. Mengaji AlQuran secara talian rupanya akan memaksa saya bersuara dengan jelas. Guru yang mengajar sangat tekun mendengar suara pelajar-pelajarnya. Tidak perlu on video, seratus peratus bergantung kepada suara, di mana makhraj dan tajweed pelajar dapat didengari dengan jelas. Setelah membaca sekali barulah saya tahu bahawa sebutan huruf saya banyak yang berterabur. Jika huruf salah, lupakan dulu soal tajweed. Saya perlu sifat huruf supaya saya dapat memberikan hak-hak mereka dengan adil ketika membaca AlQuran. Saya perlu lupakan hasrat hendak pecut satu AlQuran di bulan Ramadhan, saya perlu fokus membaca ayat Allah dengan berhati-hati. Biarlah lambat, asalkan saya ber...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com