“Kenapa mahu bekerja di KL?Dah elok elok di Penang?” Nurehan menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sedikit keliru. “Mengapa?”Ugh...soalan sendiri pun susah mau dijawab. Mengapa KL?Pencemaran,jenayah,jauh dari keluarga.Malah rumah pangsapuri kos rendah yang dibelinya masih dalam proses pengubahsuaian. Semuanya lengkap di sini,jadi apa yang dicarinya di KL? Pengalaman hidup?Bukankah kerjayamu bermula di KL,kemudian di sini dekat dengan keluargamu?Tidak cukupkah? Dia merenung tawaran temuduga di skrin komputer,temuduga kali kedua setelah ditemuduga melalui telefon tempoh hari. Sudah hampir enam tahun dia bekerja di Pulau Pinang, syarikat yang sama sebagai jurutera perisian .Umurnya mencecah 34 tahun depan,berapa lama lagi dia mahu bekerja di syarikat yang sama?Setakat ini pekerjaannya bagus,dia selesa . Mungkin sangat selesa,tapi sampai bila? Dia tidak mahu terbangun dan sedar yang dia tidak punya apa apa.Umurnya masih boleh bertahan untuk menerima cabaran,maka inila...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com