Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Entri 212 : Cik Pandan Mengawan

Cik Pandan miang, sudah dua tiga kali kitarannya aku cuba abaikan. Tetapi rasa kasihan pula sebab Cik Pandan betul-betul macam sakit. Ketika pertama kali kejadian, aku panik dan bawa Cik Pandan jumpa doktor tapi doktor kata kucing aku sihat. Rupanya begitu bila kucing miang. Memang dah tak ada rupa comel dah. Makan minum entah ke mana. Maka aku pun terpaksa memulakan misi mencari calon menantu. Bukan senang rupanya. Setelah beberapa lama, jumpalah satu baka yang kelihatan sekufu seperti Cik Pandan. Program bertaaruf berjalan lancar, malam tu juga aku bawa balik menantu. Bermulalah drama perang suami isteri. Dek marah Cik Pandan tak sengaja tercakar muka aku. Darah menitis terkejut aku. Mujurlah aku pakai kaca mata pada waktu tersebut. Tak apalah demi sayang aku redha saja. Keesokan paginya bermulalah episod mencuci. Kucing jantan tentulah tabiatnya yang menyembur dan Cik Pandan ni bila ketakutan sudah tak pandai nak menggunakan kotak pasir. Aku cuci dengan sabar lagi dan menyusun strat

Entri 211 : Kenapa sesetengah orang memang tak boleh minta maaf?

Dalam kehidupan kita, kita pernah menghadapi dengan individu-individu yang tidak pernah meminta maaf. Malah dalam kehidupan kita sendiri, kita pernah mengalami saat-saat sukar untuk meminta maaf sedangkan kesalahan itu berpunca dari sikap kita. Malah kadang-kadang kita tidak sedar pun kita mengalami kesukaran meminta maaf. Kenapa? Adakah kita ini terlampau degil? Selalunya apabila perkara ini terjadi ianya boleh jadi kerana kita tidak merasakan kepentingan terhadap individu atau perhubungan tersebut. Apabila kita merasakan mereka ini tidak penting maka secara tidak sedar kita tidak meminta maaf. Atau boleh jadi kita merasakan permohonan maaf kita tidak bererti.  Mungkin jika kita berbuat salah pada seseorang yang membenci kita, jadi kita tidak merasakan perbuatan meminta maaf terhadap individu tersebut dek kerana menganggap individu tersebut memang membenci kita tak kira apa sekalipun. Akan tetapi ada individu yang memang kita kenali tidak akan meminta maaf tak kisahlah apapun terjadi.

Entri 210 : Di balik tabir

Saya tidak mahu meminta maaf kerana sudah lama tidak bersiaran. Adakah orang yang menagih kemaafan dari saya? Saya pulang ke kampung setelah sekian lama.Mungkin hampir setahun. Cuma yang pelik saya tidak berasa ghairah untuk pulang ke kampung seperti selalu. Malah hendak keluar rumah untuk membeli barang pun seperti terpaksa. Pagi-pagi saya paksa diri saya keluar. Jika tidak saya akan memerap di rumah. Pelik, walaupun keseorangan dan tiada TV saya rela terperap di rumah. Mungkin kerana telefon bimbit tapi ramai saja yang mempunyai telefon tidak lekat di rumah. Mungkin Covid mengubah saya. Saya tidak berkeinginan untuk keluar mengembara seperti dulu. Terperuk di rumah sehingga terasa tulang belulang menjadi berat. Kalau dibiarkan berkemungkinan berat saya bertambah. Namun emak menelefon, ya tentulah dia mahu semua anak-anaknya pulang. Jadi saya pulang bersama Cik Pandan. Kasihan Cik Pandan terpaksa berkurung di dalam kurungan selama dua minggu. Cik Pandan tidak betah suasana bising hing