D ia masih ingat rumah yang berdekatan dengan penjara Fremantle itu. Rumah rekabentuk kolonial itu membawa mereka ke era Victoria. Bau hapak seperti muzium dek barang barang antik yang tidak diketahui usianya. Dia masih ingat di waktu malam dia cuba sedaya upaya tidak keluar dari bilik merayau di sekitar rumah. Patung-patung bertopeng dan kepala Buddha yang besar, terasa dirinya diperhatikan tatkala dia ke bilik air. Malah kepala paip diperbuat dari gangsa , berukir sangat antik ...dia cuba mengelakkan diri dari memandang ke cermin saat menggosok gigi. Tidak pasti apa yang menyeramkan, rumah itu atau penjara yang berjiran. Seorang lelaki Itali duduk sambil mencuba gitar , dia melepak di rumah. Jarang sekali dia keluar. Dia masih ingat muka lelaki itu, memakai gelang etnik di tangan berambut ikal paras bahu. Mungkin umurnya awal dua puluhan. "Lelaki Itali tu sepertinya seorang lelaki yang baik." komennya saat tuan rumah meluahkan rasa risau. "Ya, dia seorang yang baik...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com