Dia suka makan anggur berbiji. Di era millenial ini susah benar mendapatkan anggur berbiji. Entah bila kali terakhir dia menikmati anggur berbiji. Apabila dia menghampiri rak-rak anggur di pasar raya, semuanya tertulis ' Seedless ' . Hampa. Dia menelusuri pasar-pasar kecil dan bertanya, "Ada biji ke?" walaupun paket tertulis Seedless masih dia bertanya dengan harapan anggur berbiji termasuk dalam bungkusan anggur tidak berbiji. Penjual-penjual buah selalunya akan menjawab dengan riang. "Tak ada kak. Manis yang ini." Dengan muka yang hampa, "Tak ada ke anggur yang berbiji?" "Huh, jarang ada anggur berbiji. Orang tak makan biji anggur."Penjual buah kehairanan. Kasihan anggur berbiji. Semakin pupus. Pernah ada satu kedai buah yang menjual anggur berbiji. Dia adalah di antara pelanggan tegar yang membeli anggur di situ. Itu antara satu-satunya kedai yang menjual anggur berbiji, maka dia memborong buah-buahan lain bersama walaupun hargany...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com