Matanya antara buka dan tutup. Selepas Subuh tadi ada dia terfikir untuk berenang kerana berjogging mungkin terlalu berat untuk badannya hari ini. Akhirnya dia merancang untuk guna hotel gim sahaja tetapi mungkin dia akan tidur dulu seminit dua dahulu dek kepalanya yang sakit. "Berapa lagi hari di sini?" "Besok baliklah." "Oh, kalau banyak hari lagi mungkin boleh buat rawatan lagi.Yang ini takkan boleh keluar dalam masa sejam." Tukang urut itu menepuk belakang tulang belikatnya. "Nanti silalah sambung urut atau rawatan seterusnya." Selepas sesi urutan petang semalam terasa dirinya seperti demam. Dia jarang sakit tetapi dia bukanlah tergolong dalam orang yang sihat.Badannya selalu merah dek angin dan allergik.Kerana itu dia sedaya upaya menjaga kesihatannya. Hari ini pukul 8.44 pagi. Nampak gayanya bersenam di dalam gim tadi hanyalah dalam mimpi. Sepatutnya petang semalam dia turun bermain ombak tetapi dia bersel...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com