Pagi pagi lagi dia sudah bangun. Berdiri sekejap memanaskan badan sebelum berlari.Dia hanya perlu mengikut program warm-up dari applikasi Nike Training Club .Tak sampai 10 minit memanaskan badan. Mudah. Dunia internet tanpa batas tidak membenarkan alasan. Tidak tahu? Google . Mahal ? Lihatlah deretan applikasi untuk telefon pintar. Segalanya mudah yang tinggal hanya mahu atau tidak.Dan tentulah talian internet yang laju. Dia membuka applikasi Nike Running Club dan berlari keluar ke kanan.Jalan sunyi.Tak banyak orang yang berlari di pagi pagi begini. Sebuah motosikal melepasinya.Kelihatan seperti baru pulang dari masjid. Pulau Langkawi. Masih lagi sunyi.Cuma beberapa pelancong yang berlari atau berbasikal. Terasa seperti bukan di tanah air sendiri. Dia memejamkan mata kemudian membukanya semula. Kenapa perasaan ini seperti negara asing? Keterujaan. Selama ini dia tidak perasan keindahan tanah air sendiri. Memuji kampung di tempat orang, terlu...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com