Dia seorang pegawai tinggi. Dia bukan calang-calang orang.Dia dihormati di tempat kerjanya malahan di luar. Kerjanya tidak terbatas di dalam negara, malah dia luar.New Zealand, Amerika,London katakan sahaja kebanyakan sudah dikunjungi. Dia mempunyai keluarga yang bahagia, anak-anaknya yang bijak, isteri yang cantik.Nyata dia sempurna.Namun panas tidak ke petang. Dia berkenalan dengan seorang pemandu teksi. Ke mana sahaja dan bila sahaja ada urusan , pemandu teksi ini sentiasa untuk berkhidmat.Baik dan mesra , begitu tanggapannya terhadap pemandunya ini, yang selalu menjemput dan menghantarnya ke lapangan terbang. Siapa tahu, pemandu teksi ada udang di sebalik batu.Hubungan yang akrab itu merupakan kesempatan.Pegawai yang bijak pandai ini disihirnya.Siapa tahu, sihir bukanlah perubahan yang boleh dikesan seperti letupan bom.Ianya seperti api di dalam sekam. Perlahan-lahan si pegawai ini menjadi hambanya.Gaji ribuan ringgit diserah bulat-bulat padanya, malah kredit kad juga.Peman...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com