Sedar tidak sedar sudah lebih dua ratus entri ditulis di sini. Lebih dua ratus kerana ada entri yang dilabelkan sebagai Entri 0. Dia masih ingat saat pertama kali dia menulis di sini, ianya bukanlah platform pertama malah bukanlah blog yang pertama. Mungkin dia mencuba menulis lebih dari sepuluh platform seumur hidup. Dia cuba-cuba sahaja. Berapa banyak dia memaki diri sendiri kerana tidak tetap. Hangat-hangat tahi ayam. Mungkin ketidaktetapan sebelum ini peluang untuk belajar. Bergerak walaupun tidak laju masih lagi bergerak. Berehat walaupun sekejap masih lagi dikira berehat. Sekarang mungkin sudah ada Facebook, Instagram dan entah apa lagi dunia baru ini akan tawarkan. Dia tidak menyesal memilih di sini. Di sini sunyi, mungkin kerana itu dia memilih untuk menetap di sini. Dia boleh menulis semahunya tanpa ada bunyi-bunyi yang menyinggah. Mungkin ada orang suka atau tidak. Entah ada orang baca atau tidak. Dia tidak tahu. Jika ada Alhamdulillah, jika tidak pun Alhamdulillah. Perk...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com