"Kasihan Shima. Kerja sampai lewat malam lepas tu balik nak menguruskan anak. Suami tak nak tolong langsung you ." Nora mengadu pada Yati. Dia mencapai kek pisang dan mengunyah perlahan. Kek pisang dan teh panas, hui terangkat. Yati memang suka menjamu orang makan. Kalau duduk dengan Yati lama-lama boleh jadi gemuk. Yati cuma mengangkat kening, dia kenal Shima. Selalu bercerita masalah rumah tangganya pada Nora. Nora memang pendengar yang baik dan dia juga memang senang menunjukkan simpati. Mungkin kerana itu Shima suka bercerita dengannya. "Biarkanlah jangan dilayan sangat cerita rumah tangga orang." Nasihat Yati sambil menyambung menaip. Ada beberapa nota yang perlu disiapkan. " I takut dia stress nanti mental illness sebab tu I dengar." tukas Nora, teh panas diteguknya. "Susah betul nak dapat suami baik sekarang ni. You bayangkan dia balik lewat kerja kemudian terpaksa bangun pukul tiga pagi nak menguruskan suami dan anak-anak. Eh you tak kas...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com