Setiap pagi aku berjuang untuk bangun awal dan solat Subuh. Ada hari hari yang aku terlepas.Aku manusia. Setiap hari aku berjuang untuk kekal positif dan ceria, namun ada hari yang aku kesal.Aku menangis.Aku hanyalah manusia. Setiap hari aku berkata kepada diri ku; gunakan hari ini untuk perkara-perkara berguna. Di tengah malam, kudapati diriku berjaga, mengabaikan tidur untuk perkara perkara yang sampah. Setiap hari aku buat silap, aku pesan kepada diriku lupakan yang lepas. Teruskan hidup. Namun ada pagi yang aku lihat diriku masih di atas katil bersedih, meratapi kelmarin. Setiap hari ada yang nampak kekuranganku, mereka mengejiku.Ya, aku layak dikeji kerana aku silap.Maafkan aku. Aku cuba yang terbaik, ada hari yang aku tersungkur.Aku dikeji lagi.Aku terfikir,adakah manusia yang bahagia bila dihina? Aku tahu manusia yang dicela itu selalunya lebih baik dari mencela.Aku pesan pada diriku supaya kuat.Namun ada hari, aku terkilan. ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com