Dalam kehidupan kita, kita pernah menghadapi dengan individu-individu yang tidak pernah meminta maaf. Malah dalam kehidupan kita sendiri, kita pernah mengalami saat-saat sukar untuk meminta maaf sedangkan kesalahan itu berpunca dari sikap kita. Malah kadang-kadang kita tidak sedar pun kita mengalami kesukaran meminta maaf. Kenapa? Adakah kita ini terlampau degil? Selalunya apabila perkara ini terjadi ianya boleh jadi kerana kita tidak merasakan kepentingan terhadap individu atau perhubungan tersebut. Apabila kita merasakan mereka ini tidak penting maka secara tidak sedar kita tidak meminta maaf. Atau boleh jadi kita merasakan permohonan maaf kita tidak bererti. Mungkin jika kita berbuat salah pada seseorang yang membenci kita, jadi kita tidak merasakan perbuatan meminta maaf terhadap individu tersebut dek kerana menganggap individu tersebut memang membenci kita tak kira apa sekalipun. Akan tetapi ada individu yang memang kita kenali tidak akan meminta maaf tak kisahlah apapun terj...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com