Dunia ini busuk dan jijik Penuh dosa Jika itu yang kau fikir semata Alangkah sayangnya Dunia ini dikurniakan untuk mu Bernafas dari hijau pohon-pohon Meneguk air suci dari sungai-sungai Ianya tanda kasih sayang Pencipta Dijadikan bumi sebagai hamparan Langit yang teduh dari teriknya matahari Tiada bayaran, percuma tetapi sempurna Jika kita lupa Dia ingatkan Supaya kita sentiasa belajar Dunia indah ini ringkas dan kompleks Indah dan buruk bergumpal sekali Jadi pesanNya jangan ambil mudah Jangan tamak Dan janganlah kau bersedih Teruskanlah belajar Senyumlah selalu Sentiasalah menjaga antara satu sama lain Kerana seindah mana pun dunia ini Ianya cuma tempat singgah Untuk kau mengumpul bekal Saujana mata memandang Semegah tersergamnya Aoraki Pasti juga kau meninggalkannya Kerana kau adalah pengembara Moga moga kau sampai ke destinasimu Yang sudah kau pilih siap siap di dunia ini.
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com