Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri sendiri Jika perkara ini tak berlaku dalam masyarakat, pepatah ini takkan ada. Manusia bijak mengambil pengajaran dan selalunya menggunakan alam untuk mencerminkan sesuatu. Jikalah ini berlaku dalam dunia biawak, saya terfikir adakah peribahasa seperti 'bagaikan mengendong manusia hidup' wujud dalam masyarakat biawak? Bagaimana nak mengatasi manusia yang bercirikan biawak hidup? Katakan tidak. Tidak pernah terlambat pun untuk mengatakan tidak. Kita memang akan mengambil masa untuk mengenali spesis biawak ini, kadang-kadang apabila sudah lama berkawan, sudah terbuang masa, wang dan tenaga. Kesalahan yang paling besar ialah menangguh-nangguhkan atau memikirkan ianya sudah terlambat. Biawak akan gembira, ianya sejenis yang akan mengambil kesempatan selagi mana ada orang yang sudi memikul mereka. Jadi selama mana anda masih berkira-kira, selagi itulah biawak itu akan membebankan belakang awak. Cara nak hilangkan beban, mudah sahaja ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com