Semalam saya tidur lambat 10 lebih dan bangun awal pukul 4 pagi. Untuk pengetahuan saya bangun tanpa bantuan penggera. Saya pun tidak pasti mengapa setakat ini saya mampu bangun awal. Saya bersahur dan berniat untuk puasa akan tetapi puasa saya terbatal pada waktu Asar. Ya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kebetulan saya berbual dengan rakan yang mempunyai perasaan yang sama. Kerja makan gaji jika tidak berniat untuk menaiki tangga korporate maka akan berakhir seperti saya dipergunakan. Antara perkara-perkara yang dikongsi; log masa dengan alasan untuk perancangan dan memastikan pekerja tidak overload. Tetapi login masa lebih atau hujung minggu tidak pula ditanya , yang ditanya eh kenapa masa yang dilog cuma dua atau tiga jam. Saya log masa secara detail kerana mereka nak guna untuk perancangan kononnya, malah saya lihat majoriti pekerja log hour mereka tetapi perancangan masih lagi ke laut. Bila ditanya, oh ya kerana segelintir orang masih tidak log masa. Ada...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com