I anya bermain main dalam minda sejak beberapa lama yang lalu. Tetapi tidak dihiraukan kerana mungkin bisikan nafsu untuk dia membeli. Sehingga baru-baru ini dia menjumpai pasu berwarna ungu jernih saat mengemas. Petanda yang terang lagi bersuluh! Pasu tanpa bunga seperti jasad tanpa roh. Tapi bunga akan layu... Benar, tapi bunga segar itu bila kering mereput menjadi baja. Tidak seperti bunga plastik, apabila dibuang menjadi sampah. Melihat dan menciumnya tidak sama dengan bunga plastik. Cubalah beli satu dan lihat sendiri. Hatinya menggoda lagi dan kali ini dia memutuskan untuk beli. Saat dia terpaku di kedai bunga tidak tahu memilih yang mana satu. Tidak menyangka jadi begini saat dia bangun awal pagi dan singgah kedai yang salah, bukan salah tetapi kedai tersebut berpindah ke tempat baru 1 Oktober dan dalam kedai ini dia terpana melihat bunga bunga. Hatinya teringin ros merah tapi ... "Cuba campurkan dengan carnation" cadang penjual bunga. Dia tidak yakin, masakan ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com