Dalam perjalanan pulang ke kampung.Melalui Lebuh Raya Grik Timur, jalan kebanyakannya berlubang , di kiri kanan penuh dengan ladang kepala sawit.Namun, apalah sangat cabaran tersebut bagi terbakal-bakal pelumba tidak bertauliah yang melalui jalan ini.Tidak kira kereta semewah Ferrari yang kadang-kadang dapat dilihat di sini atau sekecil Kancil yang acap kali di sini.Semuanya bergegas menuju ke destinasi, semuanya mahu cepat ke depan tidak kira berapa roda sekalipun. Nurindah memandu kereta kecilnya , menuju ke kampungnya nun di sebalik ladang kepala sawit sana. Bunyi radio bersaing dengan bunyi bising keretanya.Siapa menang?Dia tidak peduli.Dia turut ikut menyanyikan lagu-lagu yang diputarkan tanpa mengambil tahu lirik samada betul ataupun tidak. Jika denganmu kabur... Kutak mahu yang jelas. Jika denganmu hanyut... Biarlah aku lemas...... Saat ralik memandu sambil menyanyi tiba-tiba dia perasan ada makhluk kecil di tengah-tengah jalan. Apa itu?War...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com