Dunia ini dunia yang bising.Semakin lama semakin bising.Secara maya atau nyata ianya sangat bising. Semua mahu bercakap, jarang yang mahu mendengar.Kita jarang mendapat ilmu kerana kita kurang mendengar.Kadang-kadang petunjuk itu ada , di depan mata tapi kita cuma mahu bercakap.Kita tidak mahu dengar.Kita itulah yang buta,tuli dan pekak. Kita mahu disangka baik, kita bising menghebahkan kita baik. Kita mahu disangka bersih,kita bising menghebahkan kita bersih. Kita mahu disangka berilmu,kita bising dan bising. Susah mahu cari yang diam dan buat. Berlambak yang bising dan kosong Rumah kita bersih, sayangnya bukan kita yang membersihkannya. Mulut kita berkata baik sayangnya hati kita tidak. Di mana yang diam itu...yang sedikit dan yang tidak laku itu. Diam...dalam hiruk pikuk mereka yang bising. Diam melakukan apa yang dibising-bisingkan. Diam sambil mendengar rungutan rungutan si polan si polan yang tidak bersetuju itu dan ini, bising membandingkan yang baik dan yang b...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com