Petang. Seorang kanak-kanak perempuan berbaju uniform sekolah masuk ke dalam lif dalam keadaan lesu. Tangannya penuh buku dan juga beg galasnya kelihatan berat. Dua poket beg terbuka zipnya tidak dipedulikan. "Adik, zip beg terbuka." Dia menegur. Anak itu lesu menjawab, "Tak apa. Biarlah." S eolah-olah melalui hari yang panjang. Masalah zip tu biarkanlah. "Mari sini auntie zip kan." Tanpa bersuara anak itu akur, berpusing supaya auntie ini dapat menzipkan begnya. "Dah, here you go." "Terima kasih." Mata anak ini ceria semula. Selamat Hari Merdeka
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com