Sila ke Bahagian 1 untuk entri lepas. Selepas tamat pelajaran, saya menganggur lebih kurang sebulan.Allah sahaja tahu bagaimana tertekannya saya, sebab tidak ada lagi PTPTN dan juga tidak ada kerja.Mungkin bagi orang lain, waktu sebulan menganggur apalah sangat tapi bagi saya tidak.Saya tertekan. Saya bertekad ke Kuala Lumpur sebab mendapat tawaran untuk satu kursus.Bayangkan dengan duit tak ada, adik saya sanggup menggunakan biasiswanya untuk menampung kos saya di Kuala Lumpur.Saya beli barang keperluan yang paling minimum dan murah, tapi rupanya dalam keadaan terdesak itu Allah mentakdirkan saya untuk perkara yang lagi baik. Saya ditawarkan untuk kursus latihan yang lain daripada yang saya rancangkan.Bayangkan dalam keadaan kelam kabut saya dikehendaki untuk menghadiri temuduga.Saya diberitahu waktu petang untuk menghadiri temuduga keesokan paginya.Saya bingung, terlampau mengejut dan keliru.Akhirnya saya solat istikharah mohon diberi kekuatan dan petunjuk. Akhirnya deng...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com