Langkau ke kandungan utama

Entri 56: Yang Keruh... Bahagian 2

Sila ke Bahagian 1 untuk entri lepas.

Selepas tamat pelajaran, saya menganggur lebih kurang sebulan.Allah sahaja tahu bagaimana tertekannya saya, sebab tidak ada lagi PTPTN dan juga tidak ada kerja.Mungkin bagi orang lain, waktu sebulan menganggur apalah sangat tapi bagi saya tidak.Saya tertekan.

Saya bertekad ke Kuala Lumpur sebab mendapat tawaran untuk satu kursus.Bayangkan dengan duit tak ada, adik saya sanggup menggunakan biasiswanya untuk menampung kos saya di Kuala Lumpur.Saya beli barang keperluan yang paling minimum dan murah, tapi rupanya dalam keadaan terdesak itu Allah mentakdirkan saya untuk perkara yang lagi baik.

Saya ditawarkan untuk kursus latihan yang lain daripada yang saya rancangkan.Bayangkan dalam keadaan kelam kabut saya dikehendaki untuk menghadiri temuduga.Saya diberitahu waktu petang untuk menghadiri temuduga keesokan paginya.Saya bingung, terlampau mengejut dan keliru.Akhirnya saya solat istikharah mohon diberi kekuatan dan petunjuk.

Akhirnya dengan keadaan tidak biasa dengan Kuala Lumpur, saya menggagahkan diri pergi.Mujurlah saat situ, ada seorang kawan yang bukan teman rapat tiba-tiba menawarkan diri untuk menjemput saya di stesen Putrajaya.Ajaib bukan?Maka saya menjudikan nasib menaiki LRTke stesen Putrajaya.Sepanjang perjalanan saya berlari dan bertanya orang arah jalan.

Pagi itu sepatutnya saya mendaftarkan diri di pusat latihan yang sepatutnya, tetapi saya memilih untuk menghadiri temuduga untuk kursus yang langsung tidak saya jangkakan dari pusat latihan yang lain .Saya seolah-olah menolak tuah yang pasti tetapi mencari sesuatu yang belum pasti.Allah sahaja yang tahu betapa risaunya jika saya tak diterima.Memang waktu itu nasib saya serahkan pada Dia bulat-bulat.

Saat saya sampai di tempat temuduga, badan saya berpeluh.Rupa saya seperti peserta Explorace layaknya, semua calon memandang saya pelik kerana lewat.Malah mereka sudah pun menjalani temuduga bertulis.Maka saya dikehendaki menjawab soalan seorang diri.

Dan kesudahannya, saya diterima masuk ke situ.Maka itulah permulaan hidup saya sebagai pengaturcara.Pelik bukan jika difikirkan semula?

Bila dikenang kembali saat susah, betapa waktu itu saya sangat benci.Saya selalu bertanya pada Allah.Kenapa saya? Sudahlah saya miskin , saya juga dibebankan dengan masalah lain yang saya tak boleh selesaikan.Saya memang putus asa, saya benci banyak perkara.

Tapi selepas masa berlalu, dan sekarang bila saya toleh ke belakang.Saya menyesal.Saya menyesal kerana tidak bersyukur.Sungguh jika saya menghargai waktu saya susah dulu, keadaan saya mungkin lagi baik.Saya tidak ada benda untuk dirungutkan, malah terlampau banyak perkara yang patut saya syukuri.

Sekarang makan minum sekeluarga cukup.Rumah pun masih dalam proses pembinaan,tak tahu lah bila boleh siap.Banyak halangan di luar kemampuan saya.Tapi keadaan sangat baik berbanding dahulu.Selalu saya ke belakang merenung rumah lama saya.Mungkin orang lain panggil pondok.Rumah itu kunci pun pakai kain, malah boleh ditendang begitu saja.Setiap kali hujan kami basah waktu memasak.Kadang-kadang terpaksa guna payung dalam dapur rumah.

Ular lipan selalu masuk, tapi seorang pun tak pernah disengat atau dipatuk.Pernah ada seekor ular betul-betul lalu di bawah kaki saya ,jika seinci saya melangkah pasti dipatuknya.Ular itu berlalu dan saya ketika itu kelu sahaja, langsung tidak terkejut.Jika ditakdirkan saya terkejut, pasti mungkin saya dipatuk ular hitam yang sebesar lengan itu.Dan mungkin sekarang saya tak mampu menulis cerita di sini.

Sekarang bila saya semakin senang, saya tertanya sendiri.Adakah Allah masih lagi melindungi saya?Saya risau jika dahulu , memang rumah kami buruk tidak boleh dikunci tapi tak pernah disamun.Maka di rumah baru saya tidak tahu adakah kami akan dilindungi lagi sedang sekarang kami asyik risau samada pintu sudah dikunci atau belum?

Dulu saya boleh tahan kelaparan, malah adik saya pernah makan nasi dengan garam.Kami pernah berbuka puasa dengan air gula kerana tak mampu nak beli perisa sirap pun.Setakat air kosong itu sudah biasa.Kami sudah bersyukur dan gembira walau hanya sedikit nikmat.Hari raya kami tidak ada serunding ayam, yang ada serunding ikan bilis.Tidak ada baju raya melainkan pemberian orang yang kadang-kadang cumalah kain buruk yang tidak diperlukan.

Jika saya dikembalikan ke saat itu, saya tertanya sendiri, adakah kekuatan saya untuk menghadapinya?Ya Allah, saya risau jika nikmat yang diberi sekarang ini membuatkan kami lupa kepada Mu, lantas Engkau tidak mempedulikan kami nanti.

Ya Allah saya memohon, janganlah tinggalkan kami walau sesaat dan jangan jadikan kami golongan orang kufur nikmat.Jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur waktu susah dan senang.Lindungilah kami di dunia dan akhirat.Amin ya Rabbal Alamin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...