Lebih kurang pukul 6.30 pagi di Lapangan Ngurah Rai, terang benderang seperti pukul 9.00 pagi di Pulau Pinang. Ramai beratur di bahagian kaunter imigresen. Mata pegawai pegawai imigresen kebanyakan lebam.Saat seorang pegawai wanita memeriksa pasportnya baru Nurindah perasan notis yang pasport cover mesti ditanggalkan sebelum menyerahkannya kepada pegawai. "Oh, maaf.Aku lupa tanggalkan covernya. " Pegawai wanita tersebut mengangkat muka, "Kenapa?" "Aku lupa tanggalkan cover pasport."Nurindah menuding ke arah pasport yang dipegang pegawai tersebut. "Oh, enggak apa apa. "balas pegawai tersebut sambil tersenyum. Lega,seterusnya melalui checkpoint pegawai kastam.Seorang pegawai lelaki muda menunjukkan backpack Nurindah."Aku mahu check itu."katanya. Padahal beg tersebut baru sahaja melalui pemeriksaan automatik. Dub dab dub dab.Buatnya ada dadah tersesat dalam beg aku?? Pegawai lelaki tersebut mula mengeluarkan satu per satu isi beg Nur...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com