Langkau ke kandungan utama

Entri 71 : Hanya Dia...

"Saya sebenarnya pindah ke sini untuk kembangkan bisnes. Rasanya sejak saya graduate dari U sampai sekarang saya tak pernah keluar dari Penang ."Zahra memberitahu.

"Kalau itu yang terbaik untuk awak."sahut Nurindah,sedih juga bila difikirkan yang selepas ini dia tak ada kawan lagi untuk lepak di Pulau Pinang.Zahra bekerja sendiri sebagai penasihat kewangan.Sifatnya yang sentiasa positif dan terbuka membuatkan Nurindah senang bersahabat dengannya.

"Tapi tulah, saya terpaksa letak jawatan dari Darul Ilmu.Jadi saya minta tolong awak gantikan tempat saya boleh?"

Nurindah seperti mahu tersedak roti Arab keju yang ditelannya. Biar betul, Setiausaha Agung di Darul Ilmu.Rasanya dia langsung tidak berkelayakan.

"Tuan Khairuddin ada juga sebut nama awak.Saya rasa awak boleh buat.Kerjanya tak banyak sebab kita memang sudah ada seorang setiausaha di Darul Ilmu.

"Aduh...saya bukannya jenis bertudung labuh dan lemah lembut . Tak ada ciri ciri Muslimat sejati."Nurindah menyedut teh ais dalam dalam, minum free memang sedap .Lagi pula dia jarang ada masa, acara acara yang dianjurkan Darul Ilmu pun bukan dihadiri selalu .Ini pula menjadi setiausaha.Dia mengerutkan dahinya. 

"Ini bukan pasal jawatan atau kelayakan.Tak apa, take your time to think first."Zahra cuma tersenyum.

Muka Zahra pucat lesi saat mahu membayar makanan."Alamak ."Dia mengagau beg tangannya.

"Dompet saya tertinggal dalam handbag adik saya."Zahra mengetap bibir."Malu betul, dah lah saya yang nak belanja awak."

"Tak apa, biar saya yang bayar."Giliran Nurindah mengagau begnya. Oh...bukankah duitnya sudah ditukar ke mata wang rupiah?Eh, rasanya dia masih ada mata wang Malaysia tapi disorok entah di mana.

Mereka saling berpandangan sedang mamak yang menunggu di  kaunter menggaru kepala.

"Fuh...ada."Lega bila Nurindah mencapai not RM 50. Mujur, kalau tak sebelum pergi Bali dapat pengalaman basuh pinggan di Kuala Lumpur dulu.

      ************************

Nurindah terjaga, dia terpisat pisat melihat keadaan sekeliling.Sunyi, adalah dua tiga orang yang tidur di kerusi panjang seperti dia juga.Dia mengerling ke arah jam pinangan. Pukul 3.10 pagi , oh flightnya pukul 3.30.

Dia bingkas bangun,melihat ramai orang sudah beratur di pintu masuk.Mujur, kadang kadang tidur walaupun hanya di atas kerusi berselimutkan kain pelekat boleh lajak sampai ke pagi.Tambah pula sejuknya lain macam, dia pula terlupa bawa jaket.

Dalam barisan ramai betul orang putih, sampai Nurindah tak perasan muka Melayu, muka Indonesia. Betullah, tak perlu takut ke Bali kerana banyak pelancong.Semua senasib.

Sejuk menggigit hingga ke tulang sumsum saat Nurindah melangkah masuk ke pesawat."So cold..."getusnya tanpa sedar.Dia mengangkat muka, seorang wanita Caucasian berdiri di hadapannya.Mungkin dia menunggu seseorang, gerak bibirnya seolah menyahut ,"Yes...so cold." tanpa bunyi. 

Nurindah bersyukur kerana tempat duduknya di tepi tingkap.Di sebelahnya seorang lelaki Caucasian tapi tak tahu dari negara mana kerana perbualannya dengan rakan rakan yang lain bukan bahasa Enggeris. 

Harap kerenah mat salleh ini tidak menjengkelkan seperti penumpang di atas pesawat dari Pulau Pinang ke KLIA tadi. Hampir memekik pramugari menyuruh penumpang tersebut untuk turn off telefon akan tetapi tidak dihiraukan.Saat pesawat mahu mendarat, penumpang tadi sempat menjawab panggilan dan berbual melalui telefon.Seperti mahu dibaling saja penumpang tersebut keluar tingkap. Bodohnya, orang sedang berdoa supaya pendaratan selamat, engkau pula boleh berbual dalam keadaan genting. Maki Nurindah dalam hati.

Penerbangan kelihatan lancar.Nurindah sebenarnya takut bercampur mengantuk ditambah lagi dengan suhu yang sejuk.Apabila pramugari menghidangkan makanan lebih kurang 4.30 pagi, dia cuma membiarkan croissant itu tergolek di atas tray sedang mat salleh di sebelahnya makan dengan bersungguh sungguh.Aduh, waktu ni sesuai untuk bersahur...bersahur di atas awan namun Nurindah memilih untuk meneruskan mimpinya.

Pukul 5.30 pagi, awan awan bertukar warna keemasan.Matahari memanahkan cahayanya.Nurindah mengambil beberapa keping gambar, malah kelihatannya penumpang penumpang lain turut menikmati saat itu.


Subhanallah...Maha Suci Allah.Dialah sebaik baik Penolong.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 52 : Trauma

"Kamu sudah ada kawan?" Nenek bertanya. Nurindah menggeleng."Tidak ada." Dia kalau boleh mahu mengelak soalan begitu bukan kerana jawapannya tidak ada. "Eh...cuba-cubalah cari."Makcik-makcik menyampuk."Umur kamu sudah tua, bila lagi kamu mahu berlaki?" "Tak biasa."Dia membalas.Malas. Kalau boleh mahu dibalas, dia tak berani, dia penakut.Di sekelilingnya lelaki berlagak sebagai Tuhan kerana agama menyuruh wanita mentaati mereka.Maka berleluasa lelaki yang berlagak alim , menunjuk kuasa. Bertimbun-timbun kes suami tak beri nafkah, tak cukup mendera anak isteri.Isteri dibuat bagai hamba.Lihatlah sekeliling, kenyataan itu pahit bukan?Keganasan terhadap wanita berlaku di negara Islam padahal Islam memberi hak yang adil untuk wanita. Di sini sahaja, lihatlah si isteri memberi peluang suami makan dulu .Memasak dan menjaga anak.Selepas makan, barulah isteri boleh hadap makanan, itupun sisa si suami sambil berebut dengan anak.Sedih b...