Jalan Terminal Putra memang sibuk pagi pagi. Sibuk dengan kereta dan manusia ke stesen LRT Gombak. Dalam sibuk sibuk begitu pejalan kaki terutama Muslim yang melalui pedestrian terpaksa menunaikan satu tanggungjawab yang diwajibkan iaitu menjawab salam. Sepasang suami isteri berusia emas menjual nasi lemak di tepi jalan. Sepanjang di situ setiap yang lalu akan disapa dengan lafaz Assalamualaikum. Jarang sekali mereka lepaskan peluang pahala memberi salam. “Assalamualaikum!” Kadang kadang ditambah dengan pertanyaan “sihat?”Tentunya diiringi dengan senyuman. Lama lama mereka yang melalui jalan itu sudah biasa dengan rutin baru, senyum dan menjawab salam. Moga moga rutin pagi ini menjadikan hari hari mereka dirahmati.
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com