23 Mac 2020 Isnin "Apa yang kita dapat hari ini, segala kemudahan dan keselamatan. Mungkin kerana doa datuk moyang atau doa sesiapa sahaja untuk kita yang dimakbulkan Allah" Pagi pagi dia sudah bangun solat Subuh dan bersiap siap. Hari ini tugasan utamanya adalah untuk membeli barang barang yang sudah disenaraikan semalam.17 barang semuanya. Dia memilih untuk memakai jubah hitam yag paling ringkas, selendang yang tak perlu dipin. Alasannya balik nanti senang untuk ditanggalkan.Duit pun diasingkan dalam dompet kecil, malah dia memutuskan utuk memakai beg tangan yang paling lusuh. Ya, supaya tak meyesal bila terpaksa dinyah-bakteriakan and mengakibatkan lusuh dan rosak. Hari ini hari ke-enam mungkin, dia sudah hilang kira. Sampai sahaja di deretan kedai Taman Melati, dia membuat penilaian kasar. Terdapat empat buah kedai, tiga buah daripadanya adalah kedai runcit yang ada menjual barangan basah dan satu daripadanya ialah KK Mart yang cuma menjual barang...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com