Langkau ke kandungan utama

Entri 138 : Hari Keempat

Kalau ikut hati nak publish hari Rabu tapi dek disebabkan jemu terkurung dalam rumah saya publish jer la.
Tadi lepas Subuh saya tertidur dan bermimpi pergi shopping baju dan handbag.

Perkara yang anda perlu tahu,
Pertama , saya jarang bermimpi. Mengigau jarang lagilah kan.
Kedua, saya shopping baju dan beg? Bukan tak pernah tapi jarang.
Nampak sangat kan, kesan terkurung dalam rumah. Sampai boleh mimpi pergi mall beli baju pun dah nikmat kan?
Nikmat pergi kerja dan balik kerja,
Nikmat kerja kat dalam office.
Nikmat makan kat luar.
Nikmat jumpa kawan kawan.
Tapi kan, sebosan mana pun terperuk dekat rumah ni apalah sangat  nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja siang malam nak selamatkan nyawa.

Yang kerja dekat hospital , termasuk security, tukang masak , tukang cuci.
Yang kerja polis, bomba dan sebagainya.

Jemunya saya duduk rumah boleh lagi scroll Instagram dan Facebook.Gaji jalan juga buat masa sekarang walaupun stress bekerja.

Stress bekerja sebenarnya nikmat sebab banyak dekat luar sana tak ada kerja.

Bagaimana mereka yang kais pagi dan makan pagi, yang ada anak isteri? Yang banyak hutang?Banyak perkara yang kita boleh belajar dari Corona kan?
Rupanya dalam keadaan manusia sedang sakit, bumi sedang sembuh.
Virus ni tak kenal kaya miskin.Dia bantai saja semua.

Nikmat pergi haji dan umrah, berapa banyak yang memandang remeh dan bila sekarang dilarang baru kelam kabut! Sesedih kita yang duduk jauh ni, bagi pendapat saya; mereka yang diwakilkan menjaga Kaabah lagi sedih hati terpaksa menutup pintu untuk tetamu. Namun rakaman live dari sana, ceramah online masih lagi berterusan. Hah peluang tu kan?!!

Nikmat pergi masjid, berapa keratlah yang pergi masjid waktu Subuh. Walaupun jenuh ustaz-ustaz bagi ceramah tentang kebaikan solat berjemaah kat masjid tapi nak nampak masjid penuh jemaah lima waktu tu susah sangat sebelum ni. Solat Jumaat pun siap target nak pergi lambat. Tiba-tiba sekarang Allah tutup pintu masjid. Baru sedar dan rindu nikmatnya nak berdiri dalam saf rapat-rapat, salam dan peluk cium lepas solat.Rindu tak?

Tapi kan, Allah tu Maha Penyayang. Dia tutup sesetengah pintu tapi masih lagi Dia buka peluang untuk solat kat rumah. Masa ni lah nak solat awal dengan ikhlas, Allah nak didik supaya jadi ikhlas.Jadi ikhlas bukan senang tapi boleh belajar.

 Belajar solat, belajar mengaji dekat rumah. Walaupun pintu ke Kaabah ditutup, kita masih lagi berpeluang solat mengadap Baitullah kan?

Nikmat pergi berkenduri. Ada yang dulu malas nak berkenduri atau malas nak jamu orang makan. Sekarang dah tak boleh.Rindu tak nak jumpa orang yang kenal dan yang tak kenal? Rindu kan?

Baru kita sedar mesej, video call tak senikmat jumpa depan-depan buat lawak sambil gelak. Ada tak yang rindu kena bebel depan-depan eh.

Tetapi masih kita berpeluang, masa ni lah masing masing boleh nak jaga diri dan sesama sendiri. Dulu tengok muka rasa cemuh, sekarang nikmatilah masa ni.Jangan terkejut tiba-tiba mukanya dicemuh itu bakal dirindui.

Masa ini boleh bersedekah, masa ini boleh lagi ambil peluang jaga kebersihan dan banyak lagi. Banyak sebenarnya perkara yang perlu dibuat di rumah. Masa ini kita dapat peluang perbaiki rumah kita, moga moga selepas ini kita baiki negara kita.

Sekarang antara yang paling penting, kita masih lagi boleh mencegah merebaknya wabak ini dengan hanya membataskan pergaulan fizikal dan pergerakan ke luar rumah. Cuba bayang kan peluang ini pun ditarik?

Jadi senyum, tarik nafas dalam dalam dan duduk di rumah dan buatlah apa yang patut dengan rumah anda.

Ben Nghe, Hc Chi Minh. 13 Sep 2019




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...