Connection terputus , bukan internet tapi connection . Saya masih tidak betah menggunakan terma terma IT dalam bahasa Melayu, masih tercari cari makna yang sesuai dan jika adapun adakah ianya mencapai kefahaman pembaca? Perkataan yang sesuai atau perkataan yang difahami? Saya tercari cari lagi, maafkan saya insan yang selalu kesesatan. Kerap benar. Sebenarnya persoalan dalam pemikiran, saya yakin bukan saya seorang. Soalan soalan ini mungkin tidak popular tetapi ianya realiti. Ianya tidak popular kerana bukan ianya tidak ada... tetapi ianya menyakitkan. Maka media sosial menjadi tembok untuk jemaah me syuarat tingkap moden berkongsi perasaan. Namun ianya hanya seperti anjing menyalak bukit. Seperti soalan yang ditujukan oleh seorang perunding perkahwinan, "betulkah kamu mahu menikahi lelaki ini?" Angguk dengan gembira. "kamu yakin lelaki ini bakal menjadi bapa yang bagus untuk anak-anak kamu?" Diam dari air muka pun sudah tahu jawapannya. Kompleks. Bukan kerana tid...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com