Langkau ke kandungan utama

Entri 152 : Kenapa?

Connection terputus , bukan internet tapi connection.
Saya masih tidak betah menggunakan terma terma IT dalam bahasa Melayu, masih tercari cari makna yang sesuai dan jika adapun adakah ianya mencapai kefahaman pembaca?
Perkataan yang sesuai atau perkataan yang difahami?
Saya tercari cari lagi, maafkan saya insan yang selalu kesesatan.

Kerap benar. Sebenarnya persoalan dalam pemikiran, saya yakin bukan saya seorang.

Soalan soalan ini mungkin tidak popular tetapi ianya realiti. Ianya tidak popular kerana bukan ianya tidak ada... tetapi ianya menyakitkan.

Maka media sosial menjadi  tembok untuk jemaah me
syuarat tingkap moden berkongsi perasaan. Namun ianya hanya seperti anjing menyalak bukit.

Seperti soalan yang ditujukan oleh seorang perunding perkahwinan,

"betulkah kamu mahu menikahi lelaki ini?"

Angguk dengan gembira.

"kamu yakin lelaki ini bakal menjadi bapa yang bagus untuk anak-anak kamu?"

Diam dari air muka pun sudah tahu jawapannya.

Kompleks. Bukan kerana tidak ada jawapan tetapi kerana mengikut kata hati. Kerana jawapannya ialah dia manusia biasa nanti mungkin dia berubah. Mungkin. 

Akhirnya perkahwinan itu bermula dengan gelaran 'separuh dari diri saya' tetapi dilalui dengan hati berulam jantung.Akhirnya disalahkan takdir bila terlanjur. 

Klise!

Juga soalan yang ingin ditujukan kepada para para isteri yang seharian 24/7 menguruskan rumah tangga.Berkongsi segala tips dan pelbagai.Dari kerja rumah dan duit ringgit. Itu tidak termasuk ubat kuat segala untuk memastikan para ibu dapat bekerja 24/7 360 tanpa henti tapi kekal cantik kerana masing masing mahu menjadi Wonder Woman!

Gila! Kerja pun ada masa rehat. Apa ingat di sini syurga. Tidak perlu tidur, makan dan minum dan rehat, kerja tidak berhenti tetapi kekal cantik.

Teringin hendak bertanya kepada sang isteri, berapa % sumbangan ketua rumah tangga kamu dari segi usaha atau kewangan?

Diam.

"Jika suami kamu tidak mampu bekerja dan memberi nafkah, adakah dia rajin menolong urusan rumah tangga, mengurusi anak-anak?Adakah dia sakit? " Sedang orang buta pun bertungkus lumus bekerja. Malu suami makan duit isteri.

Diam.

"tak apalah ikhlas kerana Allah saya mahu menolong." 

Bila sudah menjawab ikhlas bersaksikan Allah , pakar pun terdiam.

"lelaki memang macam tu."

Ikhlas selagi suami tidak mencari lain.

Jika suami mencari lain pun, yang disalahkan wanita yang ketiga itu.

"kamu berkahwin dengan lembu ke sehingga kamu terpaksa jaga dia dari dikacau?"

Mungkin ada yang tidak faham, mengapa soalan soalan yang dianggap picisan ini ditanya.
Mengapa ini perlu dibangkitkan?

Kerana suatu hari nanti ada anak-anak yang keliru dan tidak faham kenapa perlunya berkahwin?

Kerana suatu hari nanti ada anak anak perempuan yang berkata,

"mereka tak mahu silap seperti ibu ibu mereka."

Kenapa?

"kerana ibu mereka tidak mencintai suami kerana Allah."

"kerana ibu mereka takut dengan gelaran andartu dan janda."

"jadi mereka diam dan menjadi bangkai."

jika mereka berkahwin kerana Allah, mereka tidak akan menanggung biawak hidup!

Ironinya mereka cuma sedar kesilapan apabila biawak itu mencari yang bangkai lain. Mereka rela jadi satu satunya bangkai, diratah biawak dan bangga bila biawak itu tidak mencari lain.

Senang betul mereka ini dibeli.

Klise!

Anak anak harus diajar rajin dan bertanggungjawab
supaya hidup tidak menjadi biawak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...