Hari ini 31 Mei 2022, tarikh Pandan dibedah. Petang semalam saya menghantarnya ke klinik tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dengan puas. Mujur hari-hari sebelum itu saya memeluknya. Begitulah kucing, walaupun sesayang saya mana pun terhadapnya di luar dia masih dilayan sebagai haiwan. Pendaftaran dibuat, pekerja yang bertugas mengangkut carriernya ke tempat boarding. Saya tidak boleh membuka carrier dan memeluknya atau mengucap kata-kata semangat padanya seperti kebanyakan manusia yang menghadapi pembedahan. Saya takut, takut sebab pertama kali menghantar haiwan untuk pembedahan. Banyak perkara difikirkan. Hendak memutuskan juga mengambil masa. Saya fikir saya sudah timbang tara semua tapi saya takut saya silap. Pandan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Mungkin boleh apabila dia berlepas dari manusia. Mungkin kerana dia memutuskan sesuatu, maka dia berkorban satu taring. Saya memikirkan bagaimana kucing sesat dengan taring patah sebelah merayau-rayau? Adakah dia cuba men...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com