Langkau ke kandungan utama

Entri 230 : Pandan dibedah

 Hari ini 31 Mei 2022, tarikh Pandan dibedah. Petang semalam saya menghantarnya ke klinik tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dengan puas.

Mujur hari-hari sebelum itu saya memeluknya. Begitulah kucing, walaupun sesayang saya mana pun terhadapnya di luar dia masih dilayan sebagai haiwan. Pendaftaran dibuat, pekerja yang bertugas mengangkut carriernya ke tempat boarding. Saya tidak boleh membuka carrier dan memeluknya atau mengucap kata-kata semangat padanya seperti kebanyakan manusia yang menghadapi pembedahan.

Saya takut, takut sebab pertama kali menghantar haiwan untuk pembedahan. Banyak perkara difikirkan. Hendak memutuskan juga mengambil masa. Saya fikir saya sudah timbang tara semua tapi saya takut saya silap.

Pandan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Mungkin boleh apabila dia berlepas dari manusia. Mungkin kerana dia memutuskan sesuatu, maka dia berkorban satu taring.

Saya memikirkan bagaimana kucing sesat dengan taring patah sebelah merayau-rayau? Adakah dia cuba menggigit sangkar untuk melepaskan diri, takkan bergaduh dengan kucing lain menyebabkan taringnya patah. Kalaulah Pandan boleh bercerita, setiap kali saya memandangnya matanya berkaca-kaca.

Dia bukanlah kegemaran kebanyakan orang kerana dia tidak gemar dengan manusia. Tetapi saya selalu dukung dan peluk dia, saat dia berdengkur merenung saya dengan mata yang mengecil. Saya katakan,"terima kasih Pandan. You have no idea what you have giving me." begitu. Dan kemudian dia menggelupur mahu turun dan berlari ke atas kerusi. Tempat kegemarannya di mana dia bebas memerhatikan sekitar tanpa mereka menyedarinya.

Memang begitu kerana mereka adalah haiwan. Mereka tak boleh berkata-kata. Selalu saya terfikir apalah yang Pandan rasa. Baru-baru ini dia termuntah bulu, mujur saya nampak. Selepas itu dia berlari dan menyorok, saya fikir begitu sifatnya. Takut.

Tapi saya hanya meneliti muntahnya, takut-takut ada elemen yang berbahaya. Kemudian saya memeluknya. Saya katakan padanya,

"It's okay kalau nak muntah. Muntah saja"

Kemudian saya cepat-cepat membersihkan kotoran. Kucing tak tahu guna sikat. Dia menggunakan lidahnya untuk kebanyakan perkara. Makan, membersihkan bulu, mengutip. Jika dia seorang ibu, bukan bulunya sahaja dijilat tetapi bulu anak-anaknya malah kita sekali.

Jadi sistem badannya hanya dapat mengeluarkan elemen berbahaya tersebut melalui muntah. Ianya lebih dari tidak muntah. Dan bila muntah, kebanyakan manusia berharap kucing berkata, "Excuse me" dan berlari ke tandas. Sedang kita sendiri pun kadang muntah merata.

Jadi saya tidak mahu memikirkan apa yang Pandan perlu buat. Dia sudah mengikut aturan, membuang air di tempat sepatutnya dan lain-lain yang mampu dibuat. Banyak juga perkara lain yang dia belum mampu buat.

Tapi tak apa, Pandan. Doakan saya bahagia, sihat dan kaya supaya mudah saya menjaga awak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...