Ke hadapan pembaca budiman, Pagi ini saya singgah untuk sarapan selepas beriadah. Berhampiran dengan saya ada seorang tua yang kira mungkin bapa atau datuk dan dua orang anak-anaknya. Mereka berbual. Salah seorang anak mungkin menceritakan kisah dia dipikat dan bapa seperti tidak suka. Suara yang tegas mencecah ke telinga saya. "Sekarang sekolah, fokus belajar bukan bercinta." Sang anak menjawab,"Apa salahnya dua-dua." Begitulah lebih kurang perbualan mereka. Saat mereka selesai makan, bapa masih berkata sambil menolak kerusi ke dalam meja. "Fokus belajar." dengan nada tegas. Saya tidak pasti punca perbualan itu dari mana dan siapalah saya untuk menghakimi. Namun jika ditanya t "Tak apakah bercinta waktu belajar?" Jawapan saya mungkin berlainan ketika saya belajar dan sekarang. Dulu saya cuma fokus belajar, tidak ada masa untuk lelaki bercintan cintun. Keluarga saya besar yang perlu saya sara. Jika saya kahwin muda, kemungkinan kami masih lagi di...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com