Langkau ke kandungan utama

Entri 233 : Bercinta waktu sekolah

Ke hadapan pembaca budiman,

Pagi ini saya singgah untuk sarapan selepas beriadah. Berhampiran dengan saya ada seorang tua yang kira mungkin bapa atau datuk dan dua orang anak-anaknya. Mereka berbual.

Salah seorang anak mungkin menceritakan kisah dia dipikat dan bapa seperti tidak suka. Suara yang tegas mencecah ke telinga saya.

"Sekarang sekolah, fokus belajar bukan bercinta."

Sang anak menjawab,"Apa salahnya dua-dua." Begitulah lebih kurang perbualan mereka. Saat mereka selesai makan, bapa masih berkata sambil menolak kerusi ke dalam meja. "Fokus belajar." dengan nada tegas.

Saya tidak pasti punca perbualan itu dari mana dan siapalah saya untuk menghakimi. Namun jika ditanya t

"Tak apakah bercinta waktu belajar?"

Jawapan saya mungkin berlainan ketika saya belajar dan sekarang.

Dulu saya cuma fokus belajar, tidak ada masa untuk lelaki bercintan cintun. Keluarga saya besar yang perlu saya sara. Jika saya kahwin muda, kemungkinan kami masih lagi diruntun kemiskinan - itu anggapan saya dulu.

Dulu.

Namun jika ditanya sekarang, jika ada anak muda yang bertanya sekarang. Saya akan suruh mereka bernikah jika mereka berjumpa jodoh.

Kerana sekaya mana pun, itu bukanlah soalan orang.

Anda tak berjumpa orang dan orang menanyakan berapa buah kereta dan kejayaan kerjaya anda? Pergilah mana-mana pun. Jika itu yang ditanya pastilah soalan itu dianggap tidak beretika.

Orang akan bertanya, "sudah berapa orang anak?"

Jadi mungkin anda terfikir, keluarga saya miskin jadi saya tak boleh kahwin awal.

Tetapi suatu hari anda sudah bebas dari kancah kemiskinan, semua orang sudah bernikah dan anda tinggal seorang diri mungkin anda akan menyesal.

Percayalah jika anda wanita, anda akan kesunyian kerana kawan-kawan anda sudah sibuk dengan anak-anak mereka. Malah jika anda berkongsi masalah dengan mereka pun, percayalah cerita anda akan sampai ke suami-suami mereka.

Memang ada sahaja yang merungut susahnya ada anak dan suami. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan mereka yang andartu, mereka seolah-olah orang kaya yang merungut susahnya ada duit banyak.

Anda dikelilingi dengan rakan-rakan yang pergi mengaji dan mengatakan seronoknya seorang boleh bebas pergi mengaji. Tetapi kata-kata mereka seperti orang kaya yang sudah biasa makan di restoran mewah tetapi teruja bila makan di gerai tepi jalan. Mereka mengatakan anda bertuah kerana bujang tak ada komitmen kerana mereka tak pernah merasa sendiri pada waktu 60-an tanpa ada anak atau cucu.

Ya, mungkin ada sahaja anak yang meninggalkan ibu bapa tetapi Allah mewajibkan anak-anak mendoakan ibu bapa mereka walaupun seburuk mana pun mereka. Ya, mereka merungut susah ada suami, susah ada anak. Takkan sama dengan mereka yang bersendiri, tak ada anak yang mendoakan mereka.

Itu jawapan saya, hanya pada perspektif saya. Ibu bapa yang menghalang anak-anak menikah dengan pasangan yang baik tidak akan bertanggungjawab tentang masa depan anak-anak mereka yang bujang di masa hadapan. Mereka akan disibukkan dengan cucu-cucu daripada anak mereka yang berpasangan.

Jadi, jika anda masih memikirkan cita, kemewahan sedang ada cinta yang baik menunggu, fikirkan semula.

Dan jika anda rasa hidup bersendiri lebih baik, tak apalah semoga doa anda dimakbulkan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...