Langkau ke kandungan utama

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau.

Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara.

Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni.

Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, biawak hidup ni jenis tak tahu malu. Dia tak malu nak minta malah menyalahkan orang lain pula kalau tak bagi. Sejenis kalau berhutang tu susah nak bayar lepas tu menyusahkan orang yang memberi hutang.

Walaupun dia diberi banyak susah dia nak balas budi, kalau tak diberi dia akan salahkan kenapa orang tak bagi. Biawak hidup ni boleh jadi sebesar-besar macam mentua Abby Choi dan Amber Heard atau sekecil-kecil manusia biasa.

Kalau dia menyewa rumah, dia akan buat macam hotel. Nak mengemas malas tapi siap marah kalau rumah kotor. Kalau pergi bertandang rumah orang, dia buat macam rumah sendiri dan menyusahkan tuan rumah tapi jangan haraplah dia nak ajak orang bertandang rumah dia.

Banyak stok stok biawak hidup ni, jadi kena berhati-hati. Sebab kalau tertolong takut dia ngap kita. Baru-baru ni adik saya bercerita, dia buka kelas mengaji bayar seikhlas hati tapi masa kelas tu terhad lah. Ye lah bergantung pada dialah nak buat bila pun kan tapi dia setkan malam sekian-kian.

Tak lama kemudian beliau dapat kerja lain dan Ramadhan pula nak menjelma, jadi beliau nak tutuplah kelas tu buat sementara waktu sebab ada komitment lain. Ada pula ibu-ibu yang menghantar anak kepada beliau suruh beliau ubah waktu sekian-kian. Apabila mendapat komen begini, beliau pun teringat nasihat saya suruh berhati-hati. 

Sebab bukan semua ibu bapa yang hantar anak ke kelas tu nak anak belajar tetapi lebih kepada nak bercuti sekejap dari jaga anak. Contoh kalau kelas pukul 8 sampai 9 , maka ibu-ibu ni bolehlah berehat sebab anak-anak dihantar untuk mengaji di kelas. Apa lagi kalau kelas tu tak dikenakan bayaran.Lagilah yak yak ye kan.

Jadi bila sekarang mendapat komen-komen dari ibu-ibu ni menyuruh beliau ubah masa begitu begini terasa macam tak patut. Silap haribulan beliau pula mendapat nama buruk sedangkan kelas tu seikhlas hati pada mulanya.

Konsep ni sangat mudah, begini dekat pejabat pernah tak ada pengalaman ajak seseorang tu makan tengahari. Ajak nak dekat tiap-tiap hari ada ja alasan dia tak nak ikut anda makan tengahari. Maka anda pun berhenti mengajak dan berjumpa dengan teman baru. 

Tak lama kemudian, anda dituduh sombong. Dulu bukan main ajak aku makan sekarang dah tak ajak dah.

Begitu konsepnya, orang begini dia tak nampak bahagian yang dia menolak setiap kali ajak. Yang dia nampak salah anda sebab berhenti mengajak.

Sebab tu buat baik berpada-pada buat jangan sekali.

Walaupun tajuk entri ni berkenaan dengan Abby Choi tapi entri ni macam tak ada kaitan tapi penulis nak bagi tahu biawak ni tak kira besar atau kecil. Kalau diberi makan lama-lama jadi besar dan makan kita pula.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...