Nurindah membelek kasut satu demi satu. Dia mahu membuang masa, malas rasanya balik ke rumah.Masih lagi awal, dia bosan. Seorang kanak-kanak perempuan berambut emas,bermata biru berlari-lari anak di sekitar rak-rak kasut. Teguran sang ayah cuma disambut dengan gelak mengekek.Langsung tidak dihiraukan.Ibunya juga leka membelek kasut. Bukan orang Malaysia, teka Nurindah apabila mendengar perbualan mereka. Tiba-tiba kanak-kanak tersebut menerpa dan berdiri betul-betul di hadapan Nurindah. Matanya yang biru bersinar-sinar.Nurindah cuma tersenyum, berbasa basi. Kanak-kanak tersebut menghulurkan tangannya, membuka genggaman , terdapat sebiji gula-gula berwarna oren. Mahu diberikan kepada Nurindah. Nurindah tercengang tidak tahu berbuat apa.Lama si mata biru itu merenungnya ,genggaman tangannya masih lagi terbuka dengan gula-gula bulat yang masih lagi di situ. Perlahan Nurindah mengambil gula-gula tersebut.Budak itu tersenyum, menampakkan baris gigi yang putih melepak.Ketika itu juga sang b...